Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

116 Ahli Akrab Tamat Kursus Terima Sijil Pertauliahan

Diterbitkan: 03 Oct 2019 10.31 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.26 PM
Seminar tahunan yang diadakan tersebut menjadi platform kepada 596 ahli AKRAB PDRM seluruh Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam untuk bertukar idea, berkongsi maklumat, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam menjalankan peranan sebagai rakan pembimbing di peringkat masing-masing.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/116-ahli-akrab-tamat-kursus-terima-sijil-pertauliahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:16 MYT

Cheras, 3 Oktober 2019 – Seramai 116 ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menamatkan Kursus AKRAB Tahap 1 dan 2 serta menerima sijil pentauliahan dalam Majlis Perasmian Penutupan Seminar AKRAB PDRM yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, di sini, petang tadi. 

Seminar tahunan yang diadakan tersebut menjadi platform kepada 596 ahli AKRAB PDRM seluruh Malaysia yang terdiri daripada Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam untuk bertukar idea, berkongsi maklumat, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran khususnya dalam menjalankan peranan sebagai rakan pembimbing di peringkat masing-masing. 

Mewakili pengarahnya, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali berharap agar penubuhan AKRAB ini menjadi saluran berkesan untuk membincang dan menyusun strategi ke arah usaha melahirkan sumber tenaga manusia yang kompeten, berketerampilan serta produktif dalam mendokong agenda PDRM di era Malaysia baharu ini. 

“AKRAB secara konsepnya membawa maksud amanah, komitmen, rasional, akhlak dan bestari yang mana ciri-ciri ini perlu ada pada seorang rakan pembimbing serta memainkan peranan yang penting dalam membantu pihak pengurusan membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mahupun organisasi,” jelas beliau lagi.

Tambahnya lagi, AKRAB turut membantu dalam memastikan pencapaian objektif dipertingkatkan ke tahap yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan. 

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan multimedia dan pelancaran Facebook AKRAB PDRM, https://www.facebook.com/AKRABPDRM serta upacara penyampaian sijil tamat kursus kepada semua peserta. 

Turut hadir Ketua Pusat Pengajian Perisikan dan Kajian Strategik, SAC Dato' Tan Chong Jin, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling) merangkap Penganjur Seminar AKRAB 2019, SAC Dato’ Dr. Laila Haji Ali dan para pegawai kanan PDRM.

15
Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali menyempurnakan Pelancaran Facebook AKRAB PDRM.

2
Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali bersama pegawai-pegawai kanan JIPS Bukit Aman melawat tapak pameran sempena Majlis Perasmian Penutupan Seminar AKRAB PDRM di Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras, hari ini.

6

7
Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali menandatangani buku pelawat.

8
Sekitar nyanyian lagu 'Negaraku'.

10
Sekitar nyanyian lagu 'Negaraku'.

12
Bacaan doa memberkati majlis.

14
Ucapan perasmian penutup oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali.

16.1
Sekitar sesi penyampaian sijil tamat kursus AKRAB Tahap 1 dan 2 oleh Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Hashim Ali kepada para peserta seminar.

20

29

24

31Sesi bergambar kenangan peserta seminar bersama DCP Dato’ Hashim Ali dan barisan urus setia seminar.

ArtikelDiterbitkan 03 Oct 2019 10.31 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.26 PM