11 Dicekup Dalam Dua Serbuan Op Cantas Khas
Operasi cegah jenayah Op Cantas Khas yang dijalankan polis Kontinjen Johor Bahru menahan 11 orang atas pelbagai kesalahan dalam dua operasi berasingan semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi bermula pada pukul 2 petang hingga 6.30 petang itu, polis membuat pemeriksaan ke atas 60 individu.
Operasi pertama dijalankan di kawasan tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah dan hotel di Stulang Laut dan menahan dua lelaki warga Indonesia dan seorang wanita warga China kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.
Dalam operasi kedua yang dijalankan di bahagian belakang Kampung Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak, berjaya menahan tiga lelaki Indonesia yang mempunyai status penduduk tetap dan lima lelaki Indonesia.
Sumber : Utusan Malaysia