100 Graduan Tamat Kursus Pengajian Peroleh Sarjana Diploma
Cheras, 2 Oktober 2019 – Seramai 100 graduan yang terdiri daripada pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menamatkan bidang pengajian masing-masing dan diraikan dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM di sini, pagi tadi.
Mereka merupakan 25 graduan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), 35 graduan Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan 40 graduan Diploma Esekutif Sains Siasatan (DESS) sesi 2017/2019 yang mengikuti kursus kolaborasi akademik antara PDRM dengan Universiti Malaya (UM), dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Berucap dalam majlis penutupan ketiga-tiga kursus berkenaan, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador berharap agar segala ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian dipraktikkan demi memperkasakan lagi mutu penyampaian perkhidmatan Pasukan agar keselamatan masyarakat kekal terpelihara.
“Laksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh komited dan ikhlas kerana ia merupakan sebahagian daripada ibadah. Semoga segala perih jerih kita mendapat ganjaran pahala daripadaNya”, tambah beliau lagi.
Majlis turut menyaksikan Inspektor Abdul Hafiz Ahmad sebagai penerima anugerah graduan terbaik program Diploma Esekutif Sains Siasatan yang membawa pulang piala pusingan, plak dan vaucher buku, diikuti ASP Edwin Anak Sanji di tempat kedua, ASP Norlizawaty Abu Bakar di tempat ketiga masing-masing membawa pulang plak dan vaucher buku.
Manakala bagi Diploma Siswazah Sains Kepolisan pula menyaksikan graduan terbaik disandang oleh ACP Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi diikuti oleh DSP Saheela Abu Bakar dan ASP Suresh Kumar Muniandy.
Bagi Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), disandang oleh DSP Wong Ting Lee sebagai graduan terbaik diikuti oleh Superintenden Nor Riza Maishah dan Leftenan Kolonel Khairul Zaman Bahari, tempat kedua dan ketiga bagi ketiga-tiga jurusan masing-masing membawa pulang plak dan vaucher buku.
Terdahulu, Tan Sri Abdul Hamid telah menyempurnakan upacara penyampaian sijil tamat kursus kepada semua peserta kursus.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Pahlawan Mazlan Mansor, Komandan Maktab PDRM, DCP Dato’ Yong Lei Choo, Pengarah Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed) UM, Profesor Dato’ Dr. Mansor Md Isa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, Profesor Madya Dr. Mohamad Rahim Kamaludin, barisan Pengarah PDRM, pegawai kanan PDRM dan rakan-rakan media.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan piala pusingan dan plak kepada DSP Wong Ting Lee yang merupakan graduan terbaik program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan piala pusingan dan plak kepada Inspektor Abdul Hafiz Ahmad yang merupakan graduan terbaik program Diploma Esekutif Sains Siasatan.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador menyampaikan piala pusingan dan plak kepada ACP Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi yang merupakan graduan terbaik program Diploma Siswazah Sains Kepolisan.
Para graduan bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Abdul Hamid Bador bersempena Majlis Penutupan Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Diploma Esekutif Sains Siasatan di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM.