Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

10 Lelaki Tempatan Seorang Myanmar Ditahan Kerana Seludup D

Published: 17 Jun 2014 7.37 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Johor Baharu, 16 Julai - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPMW2) menahan 10 lelaki tempatan dan seorang lelaki Myanmar di sini semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak die..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-lelaki-tempatan-seorang-myanmar-ditahan-kerana-seludup-d
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT

Johor Baharu, 16 Julai - Pasukan Polis Marin Wilayah Dua (PPMW2) menahan 10 lelaki tempatan dan seorang lelaki Myanmar di sini semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi.

Dalam serbuan ke atas sebuah stor di Kampung Ungku Mohsin, Larkin pada 11 malam itu, PPMW2 merampas 14 buah kenderaan terdiri daripada lapan lori tangki dan enam kereta pacuan empat roda dengan muatan 54,200 liter diesel dianggarkan bernilai RM97,560.

"Keseluruhan rampasan minyak diesel bersama kenderaan yang ditahan dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

"Suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor Baharu untuk tindakan lanjut," kata Komander PPMW2 ACP Zainul Abidin Hasan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tangkapan tersebut adalah yang ketiga bagi tahun ini.

Keseluruhan rampasan sehingga kini ialah sebanyak 353 juta liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM636 juta.

Tahun lalu PPMW2 berjaya membuat empat kes tangkapan penyeludupan minyak diesel bersubsidi kerajaan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 berjumlah 80,000 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM144,000.

Zainul menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan yang menyalahi undang–undang khasnya penyeludupan manusia dan barangan bercukai serta jenayah–jenayah maritim menghubungi PPMW2 di 07–2372222 atau 07–2376122.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.37 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM