Tan Sri Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak. Dengan berbekalkan kelulusan Sarjana Sastera, beliau memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971 dan menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
Sebagai pegawai kanan yang berpengalaman, beliau telah mengikuti kursus-kursus penting seperti 'Hostage Negotiation Technique', 'Terrorism' dan Airport Security Management, dan seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelumnya, beliau merupakan lepasan Royal College of Defence Studies, United Kingdom.