Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Langkau ke kandungan
Legasi Ketua Polis Negara

Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador

Ketua Polis Negara Ke-12
Bekas Ketua Polis Negara 3 Mei 2019 – 3 Mei 2021
Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador 3 Mei 2019 – 3 Mei 2021

Profil

Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958 di Kuala Lumpur. Beliau membesar di Rembau, Negeri Sembilan dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, serta mempunyai kelulusan dalam Diploma Sains Kepolisan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah berkhidmat selama 39 tahun dalam PDRM, bermula pada 4 November 1979 sebagai Inspektor Pelatih.

Fakta Utama

Tarikh Lahir 7 Ogos 1958
Tempat Lahir Kuala Lumpur (dibesarkan di Rembau, Negeri Sembilan)
Pendidikan Diploma Sains Kepolisan, UKM
Mula Berkhidmat 4 November 1979
Lantikan KPN 3 Mei 2019

Perjalanan Kerjaya

1979

Inspektor Pelatih, PDRM

1997 - 2002

Ketua Cawangan Khas Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak

2005

Ketua Cawangan Khas Kelantan

2006

Ketua Cawangan Khas Sabah

2009

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Inteligen Luar

2010

Timbalan Pengarah Cawangan Khas I

23 Mei 2018

Pengarah Cawangan Khas

15 Mac 2019

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara

3 Mei 2019

Ketua Polis Negara

Darjah Kebesaran & Anugerah

1998

Ahli Mangku Negara

2014

Johan Mangku Negara

2019
Reben Panglima Setia Mahkota

Panglima Setia Mahkota

2020
Reben Panglima Mangku Negara

Panglima Mangku Negara

2007
Reben Darjah Indera Mahkota Pahang

Darjah Indera Mahkota Pahang

2013
Reben Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan

2019
Reben Darjah Seri Setia Negeri Sembilan

Darjah Seri Setia Negeri Sembilan

2019
Reben Darjah Panglima Pangkuan Negeri

Darjah Panglima Pangkuan Negeri

2019
Reben Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari

Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari

2015
Reben Bintang Bhayangkara Nararya (Indonesia)

Bintang Bhayangkara Nararya (Indonesia)

2020
Reben Bintang Bhayangkara Utama (Indonesia)

Bintang Bhayangkara Utama (Indonesia)

Biografi

Sepanjang perkhidmatannya, antara jawatan penting yang disandang adalah Ketua Cawangan Khas Daerah dan Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak (1997 hingga 2002), Ketua Cawangan Khas Kelantan (2005), Ketua Cawangan Khas Sabah (2006), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inteligen Luar (2009) dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I (2010).

Pada 23 Mei 2018, beliau dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas dan seterusnya dipercayai untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara mulai 15 Mac 2019, ekoran persaraan Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim. Tanggal 3 Mei 2019, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang Ke-12.

Maklumat Peribadi

Lahir 7 Ogos 1958, Kuala Lumpur
Pasangan Puan Sri Datin Seri Norazrin binti Marzuki
Anak Dua

Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid mendirikan rumah tangga dengan YBhg. Puan Sri Datin Seri Norazrin binti Marzuki dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Biography Diterbitkan: 24 Februari 2026 12.52 AM Dikemaskini: 23 September 2026 5.33 PM