Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Langkau ke kandungan
Legasi Ketua Polis Negara

Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid

Ketua Polis Negara Ke-14
Bekas Ketua Polis Negara 23 Jun 2023 – 22 Jun 2025
Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid 23 Jun 2023 – 22 Jun 2025

Profil

Inspektor Jeneral Tan Sri Razarudin bin Husain @ Abd Rasid dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Fakta Utama

Tarikh Lahir 15 Mac 1963
Tempat Lahir Dengkil, Selangor
Pendidikan Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan, UKM
Lantikan KPN 23 Jun 2023

Perjalanan Kerjaya

27 Dis 1982

Inspektor Percubaan

Memulakan latihan di PULAPOL Kuala Lumpur.
2005

Ketua Polis Daerah Kudat

2008

Superintendan Cawangan Tempur, Bahagian Operasi Khas (D8), JSJ Bukit Aman

2011

Penolong Pengarah Siasatan Khas (D9), JSJ Bukit Aman

2013

Timbalan Komander STFOC Bukit Aman

Skuad Taktikal Khas 1 (Jenayah).
2016

Ketua JSJ Pulau Pinang; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah

2018

Timbalan Ketua Polis Perak

2019

Ketua Polis Perak

2020

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

26 Dis 2021

Timbalan Ketua Polis Negara

23 Jun 2023

Ketua Polis Negara Ke-14

Darjah Kebesaran & Anugerah

2008
A.D.K.
Reben Ahli Darjah Kinabalu
Sabah

Ahli Darjah Kinabalu

2012
P.S.P.P.
Reben Panglima Setia Pasukan Polis
Polis Diraja Malaysia

Panglima Setia Pasukan Polis

2013
D.I.M.P.
Reben Darjah Indera Mahkota Pahang
Pahang

Darjah Indera Mahkota Pahang

2018
P.J.P.N.
Reben Pingat Jasa Pahlawan Negara
Malaysia

Pingat Jasa Pahlawan Negara

2020
D.P.T.S.
Reben Dato' Pahlawan Taming Sari
Perak

Dato' Pahlawan Taming Sari

2021
P.G.D.K.
Reben Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Sabah

Panglima Gemilang Darjah Kinabalu

2021
P.G.P.P.
Reben Panglima Gagah Pasukan Polis
Polis Diraja Malaysia

Panglima Gagah Pasukan Polis

6 Jun 2022
P.S.M.
Reben Panglima Setia Mahkota
Malaysia

Panglima Setia Mahkota

1 Ogos 2022
S.S.A.P.
Reben Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
Pahang

Sri Sultan Ahmad Shah Pahang

4 November 2022
S.P.T.S.
Reben Seri Panglima Taming Sari
Perak

Seri Panglima Taming Sari

2023
D.G.S.M.
Reben Darjah Gemilang Seri Melaka
Melaka

Darjah Gemilang Seri Melaka

2023
S.P.M.S.
Reben Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor
Selangor

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor

2024
P.M.N.
Reben Panglima Mangku Negara
Malaysia

Panglima Mangku Negara

2024
S.P.J.K.
Reben Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan
Kelantan

Darjah Seri Paduka Jasa Mahkota Kelantan

2024
S.P.D.K.
Reben Seri Panglima Darjah Kinabalu
Sabah

Seri Panglima Darjah Kinabalu

2024
S.S.N.S.
Reben Darjah Seri Setia Negeri Sembilan
Negeri Sembilan

Darjah Seri Setia Negeri Sembilan

2024
S.S.M.Z.
Reben Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin
Terengganu

Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin

2026
S.P.M.P.
Reben Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis
Perlis

Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis

2025
D.U.B.C.
Reben Darjah Utama Bakti Cemerlang
Singapura

Darjah Utama Bakti Cemerlang

P.P.P.
Reben Pahlawan Pasukan Polis
Polis Diraja Malaysia

Pahlawan Pasukan Polis

Biografi

Beliau memulakan latihan kepolisan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 27 Disember 1982 sebagai Inspektor Percubaan. Sepanjang perkhidmatan, beliau menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Polis Daerah Kudat, jawatan kanan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua Polis Perak dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 26 Disember 2021 sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara Ke-14 pada 23 Jun 2023 selepas persaraan Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani.

Sumbangan beliau kepada Pasukan dan negara diiktiraf melalui pelbagai darjah kebesaran dan pingat dari tahun 2008 hingga 2026, antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 2022 dan Panglima Mangku Negara (P.M.N.) pada tahun 2024 yang menganugerahkan gelaran Tan Sri, serta Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura pada tahun 2025.

Maklumat Peribadi

Lahir 15 Mac 1963, Dengkil, Selangor
Pasangan YBhg. Puan Sri Zainah binti Othman
Anak Lima

Tan Sri Razarudin mendirikan rumah tangga dengan YBhg. Puan Sri Zainah binti Othman dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Biography Diterbitkan: 18 Ogos 2026 12.15 AM Dikemaskini: 23 September 2026 4.37 PM