Beliau memulakan perkhidmatan dalam pasukan polis di Tanah Melayu dan pernah berkhidmat dalam Cawangan Trafik Kuala Lumpur serta sebagai Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Kinta dan Tronoh, sebelum bertugas sebagai ASP Sikh dalam Kontinjen Negeri-Negeri Selat.
Pada tahun 1945, beliau bertugas dengan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration) berpangkat Leftenan Kolonel semasa menumpaskan MPAJA, dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Polis Johor pada tahun 1955. Beliau pernah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan dan Perisikan pada tahun 1958 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 2 Jun 1958.
Pada 18 September 1958, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu dan berkhidmat sehingga 1966, mengetuai pasukan polis Tanah Melayu yang kemudiannya menjadi Polis Diraja Malaysia.