Beliau dikenali sebagai seorang Pegawai Kanan Polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin di kalangan pegawai dan anggota bawahannya, serta sangat berterus terang tentang strategi dan stail pengurusannya untuk mencapai matlamat.
Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis Diraja Malaysia.
Rekod perkhidmatannya menampilkan perjalanan kerjaya yang cemerlang merangkumi jabatan daerah, latihan, pendakwaan serta Jabatan Siasatan Jenayah, sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Johor, Pengarah JSJ, Timbalan Ketua Polis Negara dan akhirnya Ketua Polis Negara.