Sepanjang perkhidmatannya, beberapa jawatan penting pernah disandang, iaitu Timbalan Ketua Polis Daerah Kampar (2002), Komandan Maktab PDRM (2004), Ketua Polis Negeri Terengganu (2006), Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013), Ketua Polis Negeri Perak (2013), Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (2014-2016), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (2018) serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020).
Beliau diberi kepercayaan untuk dilantik sebagai Timbalan KPN pada 14 Ogos 2020. Tanggal 3 Mei 2021, beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang Ke-13, ekoran persaraan Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid bin Bador.