Pustaka
Penerbitan Digital
Top Story
Kpn Terima Kunjungan Hormat Timbalan Kpn Thailand 18092026
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada Timbalan KPN Thailand, Police General Samran Nualma bersama delegasi di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Kemaskini Terkini
Hari Polis Ke 219 Ayuh Sertai Pdrm Fun Run 2026 Semarak Sambutan Bersama Masyarakat
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-219, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan PDRM Fun Run 2026 pada 22 November 2026 (Ahad) di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Dato Sri Abdul Aziz Mulakan Tugas Rasmi Timbalan Kpn Hari Ini
Kuala Lumpur, 18 September 2026 – DIG Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid memulakan tugas rasmi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) baharu, hari ini.
Nafsle 2026 Pdrm Perkasa Keupayaan Siasatan Melalui Sains Forensik
Usaha tersebut dizahirkan menerusi penganjuran 7th National Forensic Science Symposium for Law Enforcement (NAFSLE) 2026 yang dirasmikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Artikel Pilihan Hari Malaysia 2026 Tragedi Bukit Jenalik Peringatan Berharga Sebuah Keamanan
Ipoh, 17 September 2026 - Keamanan dan kedaulatan dinikmati Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan dan pengorbanan tidak ternilai perajurit negara yang sentiasa berdiri teguh mempertahankan tanah air.
Semua Artikel
31,408
Pdrm Media Prima Perkukuh Kolaborasi Strategik Pacu Komunikasi Berkesan
Kuala Lumpur, 7 September 2026 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Media Prima Berhad terus memperkukuh kerjasama menerusi Program Kolaborasi Strategik PDRM dan Media Prima Berhad yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1, Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman, di sini, hari ini.
Posting Pilihan Jangan Abaikan Keselamatan Ketika Berbasikal
Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan dan mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika berkongsi ruang di jalan raya.Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah, saling menghormati dan sentiasa peka terhadap keselamatan diri serta pengguna lain.Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: KEPRIHATINAN ANGGOTA BALAI POLIS KAJANG BANTU WARGA EMAS PULANG KE RUMAH
Penghargaan buat anggota dari Balai Polis Kajang iaitu Koperal Steven Jaya Jampi dan Konstabel Adikah Ibrahim yang telah membantu seorang warga emas yang dihantar orang awam ke balai dalam keadaan keliru serta tidak mengingati jalan pulang ke rumah, pada pagi tadi.Prihatin terhadap keselamatan dan keadaan warga emas tersebut, kedua-dua anggota berkenaan segera mengambil tindakan mengesan alamat kediamannya.Hasil usaha tersebut, warga emas berkenaan berjaya dihantar pulang dengan selamat ke kediamannya, sekali gus mencerminkan keprihatinan warga Sang Saka Biru dalam memastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat sentiasa dipelihara.Sumber: Balai Polis Kajang
Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn
Suasana Balai Polis (BP) Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam bertukar ceria dengan kehadiran 100 murid bersama tujuh guru pengiring daripada Komuniti Kebajikan Ajar-Ajar Malaysia.Wajah teruja dan gelak tawa jelas terpancar apabila anak-anak berpeluang menaiki kenderaan Pasukan, melihat pelbagai aset polis serta mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan komuniti. Pengalaman istimewa ini bukan sahaja mencipta kenangan manis buat mereka, malah menyemai nilai menghargai keamanan dan mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat selaras dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”Sumber: Polis Dato’ Onn