
Jabatan Logistik dan Teknologi
Struktur organisasi Jabatan Logistik dan Teknologi diketuai oleh seorang Pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (CP) selaku Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi dibantu oleh seorang Ketua Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) berpangkat SAC yang berperanan dalam mengurus, merancang dan menyelaras tugas-tugas Urus Setia Jabatan Logistik dan Teknologi serta menyelaras kajian teknologi terkini dan keperluan perolehan kelengkapan/peralatan PDRM supaya menepati nilai faedah yang terbaik. Jabatan Logistik dan Teknologi diterajui oleh tiga (3) orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Teknikal /Operasi) yang dibawahnya merangkumi tiga (3) cawangan iaitu Cawangan Pengangkutan, Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) dan Cawangan Persenjataan. Seterusnya Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am) dan Timbalan Pengarah (Fasiliti/ Bekalan/ Aset), Jabatan Logistik dan Teknologi. Visi Ke arah Organisasi yang Profesional dan Berwibawa Misi Menyediakan keperluan logistik yang berkualiti sesuai dengan Misi PDRM untuk masa kini dan masa hadapan. Objektif Menyediakan perkhidmatan, perkakasan, kelengkapan, dan infrastruktur yang cekap dan berkesan bagi kejayaan PDRM dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Fungsi Utama Memastikan kesiapsiagaan peralatan teknikal dan operasi pada tahap yang optimum; Merancang pengukuhan organisasi yang holistik serta urus tadbir kepolisan am yang sistematik; Mengurus kewangan PDRM bagi perbelanjaan yang diperuntukkan dapat dikawal dan dibelanja mengikut keutamaan; Mengurus aset PDRM dengan teratur, cekap dan berkesan; Merancang urusan perlaksanaan projek pembangunan dan perolehan PDRM mengikut peraturan kewangan, prinsip dan dasar; dan Membuat analisis dan penambahbaikan dari sudut teknologi dan teknikal projek pembangunan, peralatan dan kelengkapan pasukan. Bahagian di bawah jabatan ini ialah:- Cawangan Urus Setia (Analisis dan Pembangunan Teknologi) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM) Cawangan Pengangkutan Cawangan Persenjataan Cawangan Pengurusan Fasiliti Cawangan Pusat Bekalan Cawangan Kewangan Cawangan Perolehan Cawangan Kepolisan Am Cawangan Pengurusan Aset