Portal Rasmi Kerajaan Malaysia

Top Story

Kemaskini Terkini

Semua Artikel

29,524
#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: KEPRIHATINAN ANGGOTA BALAI POLIS KAJANG BANTU WARGA EMAS PULANG KE RUMAH
Article7 Sep 2026 11.09 AM

#BiarJasaJadiKenangan POSTING PILIHAN: KEPRIHATINAN ANGGOTA BALAI POLIS KAJANG BANTU WARGA EMAS PULANG KE RUMAH

Penghargaan buat anggota dari Balai Polis Kajang iaitu Koperal Steven Jaya Jampi dan Konstabel Adikah Ibrahim yang telah membantu seorang warga emas yang dihantar orang awam ke balai dalam keadaan keliru serta tidak mengingati jalan pulang ke rumah, pada pagi tadi.Prihatin terhadap keselamatan dan keadaan warga emas tersebut, kedua-dua anggota berkenaan segera mengambil tindakan mengesan alamat kediamannya.Hasil usaha tersebut, warga emas berkenaan berjaya dihantar pulang dengan selamat ke kediamannya, sekali gus mencerminkan keprihatinan warga Sang Saka Biru dalam memastikan keselamatan serta kebajikan masyarakat sentiasa dipelihara.Sumber: Balai Polis Kajang

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn
Article7 Sep 2026 10.09 AM

Pic Of The Day Keceriaan Warnai Lawatan Anak Anak Ke Bp Bandar Dato Onn

Suasana Balai Polis (BP) Bandar Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan semalam bertukar ceria dengan kehadiran 100 murid bersama tujuh guru pengiring daripada Komuniti Kebajikan Ajar-Ajar Malaysia.Wajah teruja dan gelak tawa jelas terpancar apabila anak-anak berpeluang menaiki kenderaan Pasukan, melihat pelbagai aset polis serta mengenali dengan lebih dekat peranan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan komuniti. Pengalaman istimewa ini bukan sahaja mencipta kenangan manis buat mereka, malah menyemai nilai menghargai keamanan dan mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat selaras dengan konsep “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”Sumber: Polis Dato’ Onn

13 14
Tiada kandungan dijumpai.