Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Semua Artikel
12,476
Trending
5
Tontonan
3,138

Top Story

Kemaskini Terkini

Semua Artikel

12,466
KPN HADIR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026M
Article27 Ogos 2026 3.32 PM

KPN HADIR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026M

Serdang, 25 Ogos 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menghadiri Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, di sini.Ketibaan beliau telah disambut oleh Timbalan Pengarah (Agama & Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim bersama Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan.Bertemakan “MADANI Dihayati, Ummah Diberkati”, sambutan tersebut berlangsung dalam suasana penuh penghayatan dan kesyukuran serta menjadi wadah menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW menerusi penghayatan sirah, sunnah dan akhlak Baginda.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.Antara pengisian utama ialah persembahan khas Maulidur Rasul SAW yang mengetengahkan elemen kerohanian dan puji-pujian kepada Baginda Rasulullah SAW. Pengisian tersebut turut membawa mesej agar masyarakat membudayakan nilai kasih sayang, kepedulian dan saling menghormati selaras dengan pembentukan masyarakat MADANI yang berteraskan nilai serta akhlak mulia.Kemuncak sambutan menyaksikan Dato’ Seri Anwar menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul SAW dalam sembilan kategori sebagai penghargaan kepada individu yang berjasa dan memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang.Turut membanggakan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), bekas Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dinobatkan sebagai Tokoh Wira Negara, manakala Pengasas Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim menerima Anugerah Tokoh Perdana.Penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan para penerima kepada masyarakat serta negara, khususnya dalam aspek kepimpinan, pengorbanan dan khidmat bakti.Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 amat bermakna buat Kontinjen PDRM apabila sekali lagi dinobatkan sebagai Johan kategori Badan Beruniform dengan markah 99.6 peratus, diikuti Kontinjen Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di tempat kedua dengan 95.2 peratus dan Jabatan Penjara Malaysia di tempat ketiga dengan 93.4 peratus. Kejayaan tersebut merupakan kejuaraan kali keempat PDRM selepas turut meraih Johan pada tahun 2019, 2023 dan 2025.Kejayaan berkenaan mencerminkan semangat kebersamaan, disiplin dan kesungguhan warga PDRM dalam menjayakan perarakan sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad SAW.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan, barisan menteri Kabinet, ketua-ketua perkhidmatan awam, wakil-wakil perkhidmatan diplomatik serta pengamal media.Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid

KPN DIANUGERAHKAN DARJAH GEMILANG SERI MELAKA YANG MEMBAWA GELARAN ‘DATUK SERI’
Article27 Ogos 2026 3.09 PM

KPN DIANUGERAHKAN DARJAH GEMILANG SERI MELAKA YANG MEMBAWA GELARAN ‘DATUK SERI’

Melaka, 24 Ogos 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Datuk Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail pagi tadi dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini.Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka itu diadakan sempena Sambutan hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.Berangkat sama dalam istiadat tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Abdul Rahman.Turut menerima D.G.S.M. bersama-sama Tan Sri Datuk Seri Hj. Mohd Khalid ialah Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Kpj Abd. Halim Aman, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Hj. Muhamad Norazlan Aris dan dua individu yang lain. Majlis istiadat tersebut turut menyaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Wira M. Kumar S. Muthuvelu dan Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Dzulkhairi Mukhtar dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk Wira’. Manakala Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Datuk Redzuan Abd. Hamid adalah antara 13 penerima yang dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk’.Sementara itu, Timbalan Pengarah (Integriti) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, DCP Datuk Thaipul Bahri Mokhtar, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, SAC Datuk Marvin Tan Seng Kian, Penolong Pengarah (E8A), Cawangan Khas Bukit Aman, SAC Datuk Ahmad Norisham Ma’arus dan Komander Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, SAC Datuk Lim Bak Phai masing-masing telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bersama 59 penerima yang lain.D.G.S.M. merupakan darjah kebesaran pangkat ketiga tertinggi negeri Melaka yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan dikurniakan kepada individu yang telah memberi sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan kepada negeri ini serta mempunyai taraf kedudukan tertinggi.Seramai 451 penerima hari ini dianugerahkan pelbagai darjah dan bintang kebesaran selepas diperkenan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali. Penganugerahan bagi sesi kedua bakal diadakan pada 26 Ogos depan.Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Salhah Salleh, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Hj. Ibrahim Durum, barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Utama Hj. Sulaiman Md Ali.Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Azri Sabri

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM
Article27 Ogos 2026 2.10 AM

VIDEO PILIHAN: PENGHARGAAN ORANG AWAM KEPADA PDRM

Terima kasih kepada pemilik akaun TikTok Engku Shazatty atas penghargaan yang dizahirkan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, Konstabel Azizul Hakim Abd Mutalib yang tampil menghulurkan bantuan mengiringi beliau ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu ketika dalam keadaan kecemasan.

7 8
Tiada kandungan dijumpai.