Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Laman Utama

Pustaka

1 hasil
Topik Aktif
PDRM Departments (Jabatan): Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)
Buang Topik
Semua Artikel
1
Trending
0
Tontonan
107

Top Story

Popular
Fallback
Article 21 Mac 2026 8.41 PM

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara secara rasmi pada 25 julai 2014 dengan merujuk kepada Surat Pengistyharan Penubuhan Jabatan Polis Di Bawah Seksyen 6(b) Akta Polis No. 41/1967 dalam rujukan KPN (PR) 89/3 bertarikh 25 Julai 2014 yang ditandatangani oleh IG Tan Sri Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara Ke-10. JIPS merupakan jabatan kesembilan ditubuhkan di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis (CP) dan dibantu tiga Timbalan Pengarah berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) iaitu Timbalan Pengarah (Integriti) JIPS mengetuai Bahagian Integriti, Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS, mengetuai Bahagian Pematuhan Standard (PS) dan Timbalan Pengarah (Agama Kaunseling) JIPS, mengetuai Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA). Penubuhan JIPS adalah gabungan daripada Urus Setia Ketua Polis Negara (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), Jabatan Pengurusan serta Cawangan Naziran Jabatan-Jabatan yang dikoordinasi di dalam satu jabatan yang khusus kepada integriti dan pematuhan standard berdasarkan kepada 6 teras asas penubuhan seperti digariskan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013 yang setiap satunya diletakkan di bawah enam cawangan JIPS iaitu:- 1. Teras Tadbir Urus di bawah Cawangan Tadbir Urus / Kepolisan Am (TU/KA), Bahagian Integriti, JIPS 2. Teras Pengurusan Aduan di bawah Cawangan Pengurusan Aduan (CPA), Bahagian Integriti, JIPS 3. Teras Pematuhan di bawah Cawangan Pematuhan, Bahagian Pematuhan Standard (PS), JIPS 4. Teras Pengesanan dan Pengesahan di bawah Cawangan Risikan / Operasi (R/O), Bahagian Pematuhan Standard (PS), JIPS 5. Teras Tatatertib di bawah Cawangan Siasatan / Perundangan / Kajian Kes (SPK), Bahagian Pematuhan Standard (PS), JIPS ; dan 6. Pengukuhan Integriti di bawah Cawangan/Unit Agama, Psikologi dan Kaunseling, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA), JIPS Objektif Penubuhan JIPS adalah bertujuan memperkasakan kawalan dalaman ke atas segenap lapisan pegawai dan anggota PDRM melalui Dasar dan Perundangan, Sistem dan Prosedur Penyampaian Perkhidmatan, Tindakan Pengesanan, Punitif dan Pemulihan, Pembudayaan Nilai-Nilai Murni dan Kod Etika, Pengurusan Pelanggan dan membina Kemuafakatan dengan pihak berkepentingan. Setakat ini objektif penubuhan JIPS sentiasa selaras dengan keutamaan Ketua Polis Negara. Visi Peneraju dalam penguatkuasaan, pengukuhan dan membudayakan integriti warga PDRM berteraskan peraturan dan undang-undang. Misi Progresif dan dinamik dalam memperkasakan pengukuhan integriti dan modal insan serta pemantapan integriti warga PDRM.

Kemaskini Terkini

Tiada kandungan dijumpai.

Semua Artikel

0
Tiada kandungan dijumpai.
Tiada kandungan dijumpai.