SEGMEN #ThrowBackPDRM
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Select the official government portal experience you want to continue with. Both options open in a new tab.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan merupakan anugerah Persekutuan yang terkanan dalam senarai keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan. Darjah Kebesaran ini dikurniakan kepada individu yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM. Gambar ini dirakam pada 1 Mei 1965 ketika bekas Ketua Polis Negara, Mendiang Tan Sri Sir Claude Fenner bersama pasukan Kriket Polis Diraja Malaysia dan Polis Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Sumber: Sejarah Bergambar Institusi Polis Di Malaysia (Edisi Kedua). #ThrowBackPDRM
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Al-Fatihah buat warga Sang Saka Biru yang telah pergi dahulu meninggalkan kita buat selama-lamanya pada tahun 2024. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan para syuhada.
Gambar kenangan ini dirakam lensa kamera ketika penerjun Polis Diraja Malaysia membuat persiapan semasa Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Para Bebas yang diadakan pada 27 Julai 2002 di Padang Terbang Tekah, Taiping, Perak.
Gambar kenangan ini diambil ketika Perbarisan Tamat Latihan Asas Pasukan Simpanan Persekutuan Wanita terup pertama pada 16 Ogos 1974 yang diadakan di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur.
Jom sama-sama mengimbau kembali kenangan warga Polis Diraja Malaysia, menerusi segmen #ThrowBackPDRM.
Hari ini, pada 28 November 2019, Pengarah Muzik Pusat Pancaragam Polis Diraja Malaysia, ASP Mesmoro Edward telah diberi kepercayaan penuh untuk memimpin bersama gabungan orkestra yang terdiri daripada Pancaragam Polis dari negara Malaysia, Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat membuat persembahan di Tokyo Opera City Art Gallery bersempena World Police Band Concert 2019 yang diadakan di Jepun.