Jomberingat Awas Jenayah Peniruan
Jenayah peniruan (imitation crime) ialah perlakuan jenayah yang dilakukan dengan meniru aksi, kaedah atau tingkah laku yang dilihat menerusi media sosial, video, permainan digital atau sumber lain. Pendedahan berulang kepada kandungan berunsur keganasan dan jenayah boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.