Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448h 2026m
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.
Select the official government portal experience you want to continue with. Both options open in a new tab.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H/2026M kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda Tuanku menyampaikan ingatan tulus ikhlas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025.
Meskipun 75 tahun telah berlalu, namun peristiwa serangan pengganas Parti Komunis Malaya terhadap Balai Polis Bukit Kepong tidak pernah luput dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.
Kini sedang berlangsungnya Majlis Memperingati Peristiwa Bukti Kepong sempena Peringatan Hari Polis ke-218 yang disempurnakan oleh Ketua Polis Johor, CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu di Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor.
Gambar ini dirakam pada 1985 ketika anggota Unit Polis Pelancong beramah mesra bagi memastikan keselamatan pengunjung yang datang ke kawasan pelancongan di Selangor.
Sistem kepolisan Melaka berakhir pada 10 Ogos 1511 apabila Portugis berjaya menakluk Melaka. Kuasa asing ini mentadbir Melaka secara ketenteraan dan segala tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar Portugis.
Balai Polis Salak Selatan dibina pada 11 November 1976 dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, DIG Tan Sri Mohamed Amin Osman.
Sebagai mengiktiraf perjuangan dan pengorbanan segenap lapisan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kedaulatan serta keamanan negara sentiasa terpelihara, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-X, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman telah berkenan menganugerahkan Panji-Panji kepada Sang Saka Biru pada 11 November 1997, bersamaan 10 Rejab 1418 Hijrah.
Sarjan Mejar (SM) Baharin Hamit dilahirkan pada 5 September 1964 di Kuantan, Pahang. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April 1984 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah. Sejurus tamat menjalani latihan, SM Baharin telah ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.