Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Semua Artikel
80
Trending
5
Tontonan
39

Top Story

Kemaskini Terkini

Posting Pilihan Hari Polis Ke 218 Sembah Menjunjung Kasih Warga Pdrm Buat Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong
Article25 Mac 2025 2.56 AM

Posting Pilihan Hari Polis Ke 218 Sembah Menjunjung Kasih Warga Pdrm Buat Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim atas perkenan Baginda Tuanku menyampaikan ingatan tulus ikhlas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 Tahun 2025.

Semua Artikel

70
Hari Polis Ke 213 Lapan Hari Lagi Pakaian Seragam Polis Sekitar Tahun 1948
Article17 Mac 2020 2.43 AM

Hari Polis Ke 213 Lapan Hari Lagi Pakaian Seragam Polis Sekitar Tahun 1948

Penjajahan singkat Jepun di Tanah Melayu yang berakhir pada bulan Ogos 1955 telah meninggalkan kesan yang mana semangat kebangsaan orang Melayu telah meningkat hingga berjaya menumbangkan Malayan Union. Langkah Inggeris memperkuat Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) telah menyebabkan wujudnya ancaman serius dari Parti Komunis Malaya. Kerajaan Inggeris telah menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. Kesemua sembilan buah Negeri Melayu kecuali Singapura telah digabungkan di bawah sebuah negara kesatuan yang diberi nama Malayan Union. Penentangan orang-orang Melayu akhirnya memaksa Kerajaan Inggeris membatalkan penubuhan Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Pada tarikh yang sama lahirlah sebuah Pasukan Persekutuan Tanah Melayu dengan menggabungkan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

13 14
Tiada kandungan dijumpai.