Selamat Menyambut Hut Atm Ke93
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) yang ke-93 buat seluruh warga kerja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Select the official government portal experience you want to continue with. Both options open in a new tab.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun (HUT) yang ke-93 buat seluruh warga kerja Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Jom kenali Lans Koperal Muhammad Elmi Jumari!
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose dan Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama isteri merangkap Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Datin Sri Selmiah Tuan Ibrahim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dalam dunia digital yang semakin terbuka, setiap perkongsian perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan tanggungjawab. Tanpa kita sedari, perkongsian yang dianggap biasa boleh mendedahkan maklumat peribadi serta menjejaskan keselamatan diri dan keluarga.
Jangan lupa saksikan secara langsung wawancara Bernama TV - Program Apa Khabar Malaysia bersama panel jemputan, Timbalan Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan (Keselamatan dan Penerbitan) IPSOM, SAC Dr. Shazrin Azlin Ruslan dan Ketua Penyelidik Institut Kepimpinan dan Pembangunan, Universiti Teknologi MARA, Profesor Dr. Yarina Ahmad dengan kupasan tajuk “Memperkukuh Keselamatan Negara Melalui Penyelidikan Strategik dan Dasar Berasaskan Bukti" pada 11 Ogos 2026 (Selasa) jam 8.30 pagi menerusi saluran Astro 502, unifi TV 631, MyTV 121, Facebook serta YouTube Bernama TV.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) merupakan inisiatif berterusan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam dalam memperkukuh penguatkuasaan terhadap jenayah hidupan liar serta membanteras aktiviti penyeludupan, pemilikan dan perdagangan spesies dilindungi.
Orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan meminta bayaran “deposit keselamatan” kononnya bagi membolehkan wang tunai RM30,000 dicairkan. Ingat, BNM tidak akan meminta sebarang bayaran deposit atau pemindahan wang ke akaun peribadi.