Pustaka
Top Story
Kemaskini Terkini
Posting Pilihan Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Bukit Aman Disambut Meriah
Kuala Lumpur, 11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bukit Aman 2025 disambut meriah di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Gambar Sekitar Hsn 2025 Pdrm Beri Sokongan Padu Di Semua Peringkat Bagi Sambutan Hari Sukan Negara
Gambar sekitar kehadiran Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay yang turut menyemarakkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang berlangsung meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh serta di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Baling, Kedah.
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Ke Majlis Konvokesyen Tamat Latihan Plak Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1 2025
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Bilangan 13 Siri 1/2025 dan menyampaikan amanat kepada 345 orang Inspektor Pelatih di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.
INTEGRITI TONGGAK KEPOLISAN – TIMBALAN KPN INGATKAN INSPEKTOR PELATIH HINDARI RASUAH
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan kepada para Inspektor Pelatih yang akan memulakan fasa baharu dalam dunia kepolisan agar menghindari rasuah ketika melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Semua Artikel
225
Hebahan Larangan Penggunaan Kenderaan Berat Sempena Tahun Baharu Cina
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia melarang kenderaan berat menggunakan jalan raya sepanjang tempoh Operasi sempena Tahun Baharu Cina ini. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, orang ramai boleh merujuk maklumat di https://www.facebook.com/194295407420/posts/10158049402467421/?d=n
Op Selamat 16 Sidang Media Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
OP SELAMAT 16: SIDANG MEDIA TIMBALAN PENGARAH JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (PENGUATKUASAAN/KAWALAN LALU LINTAS/PENGURUSAN SAMAN) BUKIT AMAN, SAC DATO’ MOHD NADZRI HUSSAIN
Scam Alert Awas Panggilan Palsu Menggunakan Identiti Tnb
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menyamar menggunakan indentiti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan meminta para pelanggan membuat pembayaran bil dengan kadar segera bagi mengelakkan bekalan elektrik dipotong.
Legasipejuangseragambiru Sm Baharin Hamit
Sarjan Mejar (SM) Baharin Hamit dilahirkan pada 5 September 1964 di Kuantan, Pahang. Beliau mula berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 April 1984 sebagai Konstabel dan menjalani latihan asas di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu, Sabah. Sejurus tamat menjalani latihan, SM Baharin telah ditempatkan di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.