Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Privacy Policy

Published: 10 Mar 2026 8.28 PM Updated: 22 Sep 2026 8.51 AM
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/privacy-policy
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 04:07 MYT
DASAR PRIVASI


Privasi Anda

Halaman ini menerangkan Dasar Privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung portal ini.

Sekiranya anda membuat transaksi, mengemukakan aduan atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat tersebut mungkin akan dikongsi bersama agensi kerajaan lain yang berkaitan bagi tujuan membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya adalah bagi menyelesaikan aduan atau permohonan yang memerlukan maklum balas atau tindakan daripada agensi kerajaan lain.

Segala maklumat yang diterima akan dikendalikan dengan sewajarnya selaras dengan undang-undang, dasar dan peraturan Kerajaan Malaysia yang berkuat kuasa.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda secara sukarela melalui:

  • E-mel kepada pihak Polis Diraja Malaysia

  • Borang maklum balas atau aduan dalam talian

  • Sistem atau perkhidmatan yang disediakan di portal ini

Maklumat yang diberikan akan digunakan hanya bagi tujuan pemprosesan maklum balas, penyelesaian aduan, peningkatan kualiti perkhidmatan dan tujuan pentadbiran yang berkaitan.

Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Portal / Laman Web Yang Lain?

Portal ini mungkin mempunyai pautan ke portal atau laman web lain yang dikendalikan oleh agensi kerajaan atau pihak ketiga.

Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada portal rasmi Polis Diraja Malaysia sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal atau laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti serta memahami dasar privasi bagi setiap portal atau laman web yang dilayari.

Pihak Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan, dasar privasi atau amalan laman web pihak ketiga tersebut.

Pindaan Dasar

Sekiranya Dasar Privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini.

Dengan melayari portal ini secara berkala, anda akan sentiasa dimaklumkan mengenai maklumat yang dikumpulkan, cara maklumat tersebut digunakan dan dalam keadaan tertentu bagaimana maklumat tersebut boleh dikongsi dengan pihak yang berkaitan.

Perlindungan Data Peribadi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (APDP) atau Akta 709 merupakan undang-undang yang digubal bagi mengawal selia pemprosesan data peribadi individu dalam transaksi komersial.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) merupakan agensi yang bertanggungjawab menguatkuasakan Akta ini. Jabatan ini berperanan untuk memastikan pemprosesan data peribadi oleh pengguna data dilaksanakan secara bertanggungjawab dan tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Keselamatan data peribadi adalah penting bagi memastikan maklumat individu tidak disalah guna atau didedahkan tanpa kebenaran. Perlindungan terhadap data peribadi individu, sama ada dalam sektor awam atau swasta yang terlibat dalam transaksi komersial, adalah termaktub di bawah Akta ini.

Dalam pelaksanaan Akta ini, JPDP mensyaratkan pengguna data yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial untuk berdaftar dengan jabatan tersebut bagi melindungi hak pengguna dan kepentingan awam.

Untuk maklumat lanjut mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi, sila layari laman web rasmi Jabatan Perlindungan Data Peribadi di:

http://www.pdp.gov.my

Dikemas kini pada: 10 Mac 2026

ArticlePublished 10 Mar 2026 8.28 PMUpdated 22 Sep 2026 8.51 AM