Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenyataan Media Yb Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Mengenai Penahanan Warga Asing Dan Kakitangan

Published: 10 Jun 2014 5.40 AM Updated: 24 Aug 2026 1.22 PM
Kenyataan media bersama Menteri Dalam Negeri YB Dato' Seri Hishammuddin tun Hussein berkenaan penahanan 2 warga asing dan 7 kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia di tingkat 31, Menara 1 Bukit Aman...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-yb-dato-seri-hishammuddin-tun-hussein-mengenai-penahanan-warga-asing-dan-kakitangan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:34 MYT
Bukit Aman - 14 Oktober 2010. Selepas sahaja selesai menerima kunjungan hormat daripada delegasi Australia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sempat berjumpa dengan wakil-wakil media untuk mengulas mengenai penahanan 2 warga asing dan 7 kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 antara 10 hingga 12 Oktober lalu.

Beliau mengulas bahawa tindakan penahanan itu adalah selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini. Penahanan ini adalah bagi membolehkan siasatan lanjut secara mendalam dan menyeluruh khususnya terhadap kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara terutama melalui sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar masuk dari negara ini.

Beliau juga turut mengingatkan kepada pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh integriti dan tiada tolak-ansur terhadap mereka yang mengkhianati amanah negara.

Kenyataan Media Yb Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Mengenai Penahanan Warga Asing Dan Kakitangan
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar(kiri) dan YDH Datuk Hussin bin Hj Ismail semasa bertemu media..

Kenyataan Media Yb Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein Mengenai Penahanan Warga Asing Dan Kakitangan
Antara wakil-wakil media yang hadir semasa Kenyataan Media bersama YB Dato' Seri Hishamuddin di tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman..
ArticlePublished 10 Jun 2014 5.40 AMUpdated 24 Aug 2026 1.22 PM