Laraskan paparan dan bacaan mengikut keperluan anda.
Teks dan bacaan
Saiz teks
Warna dan kontras
Tema Paparan
Navigasi dan sokongan
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kenyataan Media Sidang Akhbar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah
Diterbitkan: 07 Aug 2014 2.47 AMDikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
Pada 10/04/2009, telah berlaku satu kejadian penculikan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun di Petaling Jaya, Selangor oleh seramai (4) orang lelaki berbadan gelap yang kemudiannya menuntut wang tebusan sebanyak RM 1 juta. Tindakan Polis Bertindak di atas maklumat yang diterima dari orang awam, satu Operasi Bersepadu telah dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia pada 21/4/2009 dan berjaya menangkap seramai 13 orang sa
Pada 10/04/2009, telah berlaku satu kejadian penculikan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun di Petaling Jaya, Selangor oleh seramai (4) orang lelaki berbadan gelap yang kemudiannya menuntut wang tebusan sebanyak RM 1 juta.
Tindakan Polis
Bertindak di atas maklumat yang diterima dari orang awam, satu Operasi Bersepadu telah dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia pada 21/4/2009 dan berjaya menangkap seramai 13 orang saspek yang terdiri dari (9) lelaki dan (4) wanita berumur di antara 19-70 tahun.
Pihak polis juga berjaya merampas kembali wang tebusan sebanyak RM 319,700.00.
Operasi selanjutnya pada 22-23 April 2009, berjaya mengesan dan menangkap (3) orang lagi ahli kumpulan penculik di kawasan Bukit Fraser, Pahang, Juasseh, Negeri Sembilan dan Serdang , Selangor.
Pihak polis kini sedang mengesan (1) orang lagi ahli kumpulan penculik ini yang masih bebas dikenalpasti sebagai:-
Paremsvaran A/L Ramu @Veera
KPT: 830625 - 05 - 5259
Alamat terakhir: 587/18A, Jalan Waterfall,
Taman Hijau, Rawang, Selangor.
Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan untuk mengesan saspek inibagi membolehkan pihak polis menyelasaikan kes penculikan tersebut.Pihak polis juga sedang berusaha untuk menangkap saki baki ahli kumpulan penculikan ini.
Sebarang maklumat bolehlah disalurkan kepada pegawai penyiasat kes - ASP Mohd Hazreeq Bin Yunus 012-6179752 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662222 atau mana-mana balai polis berdekatan. Maklumat juga boleh disalurkan melalui perkhidmatan RAKANCOP.
Jumlah Bacaan : 550
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2014 2.47 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM
0%
Sedang Dibaca
Kemajuan Bacaan
Pratonton Imej
Gunakan Escape untuk menutup. Gunakan tambah dan tolak atau roda tetikus untuk zum. Seret apabila dizum; cubit dan seret pada skrin sentuh.
Kod QR Artikel
Imbas menggunakan kamera telefon untuk membaca di peranti anda.