Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Rumusan Pilihanraya Kecil P 036 Kuala Terengganu

Diterbitkan: 07 Aug 2014 2.56 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS TERENGGANU PILIHANRAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU BILANGAN- 13 (21/01/2009) 1. RUMUSAN Suasana Pilihan Raya Kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu telah selesai dimana pemenang telah diumumkan iaitu calun PAS Mohd Abdul Wahid Endut mendapat jumlah undi sebanyak 32,883 undi berbanding Dato Wan Farid Wan Salleh mendapat undi sebanyak 30,252. Calun bebas, Azharudin Mamat@Adam mendapat hanya
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-rumusan-pilihanraya-kecil-p-036-kuala-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:06 MYT


KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS TERENGGANU
PILIHANRAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU

BILANGAN- 13 (21/01/2009)


1. RUMUSAN

Suasana Pilihan Raya Kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu telah selesai dimana pemenang telah diumumkan iaitu calun PAS Mohd Abdul Wahid Endut mendapat jumlah undi sebanyak 32,883 undi berbanding Dato Wan Farid Wan Salleh mendapat undi sebanyak 30,252. Calun bebas, Azharudin Mamat@Adam mendapat hanya 193 undi sekali gus hilang wang pertaruhan. Majoriti undi kepada Parti PAS sebanyak 2,631 manakala undi rosak sebanyak 665. Seramai 63,967 atau 79.9 % daripada 80,229 pemilih mengundi.

Dari segi keselamatan dan ketenteraman awam di Terengganu sepanjang tempoh pilihan raya adalah terkawal. Pihak polis menghargai bantuan dan kerjasama masyarakat kepada polis bagi memastikan Pilihan raya Kecil ini berjalan lancar.

Pada keseluruhannya pihak polis telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang dan merancang semua tindakan dan langkah pencegahan dengan terancang. Justeru itu PDRM telah berjaya mencegah pelbagai aktiviti dan tindakan provokasi parti bertanding yang boleh menjurus kepada mengancam ketenteraman awam.

Keseluruhan PDRM telah berjaya bagi melaksanakan tugas Pilihan Raya Kecil yang tidak tercemar dengan masalah keselamatan dan sesuai dengan motto " ZERO INCIDENCE ELECTION ".


2. LAPORAN POLIS YANG DIBUAT DAN TINDAKAN

2.1. Laporan Polis

Terdapat sejumlah 107 laporan polis yang di terima sepanjang tempoh Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu

Berikut adalah pecahan kategori laporan:-

i) Laporan berkaitan jenayah - ( 9 )
ii) Laporan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya - ( 8 )
iii) Laporan di bawah Akta Polis - ( 1 )
iv) Laporan Lain-Lain Kes. ( 83 )

2.1.1. Kanun Keseksaan

Bil

Kesalahan

DUN 13
W/Mempelam
DUN 14
Bandar
DUN 15
Ladang
DUN 16
Batu Buruk
JUM
A Kanun Keseksaan
1 Sek 323 KK 2 - - 1 3
2 Sek 323/147 - - 1 - 1
3 Sek 352 KK 1 - - - 1
4 Sek 427 KK - - 1 1 2
5 Sek 500 KK - - - 1 1
6 Sek 504 KK - 1 - - 1
Jumlah 3 1 2 3 9

 

2.1.2. Akta Kesalahan Pilihan Raya

B Akta Kesalahan Pilihan Raya
1 Sek 24B(3(b) - 1 - - 1
2 Sek 26(1)(e)(iii) 1 - - - 1
3 Sek 9(1) - - 1 - 1
4 Sek 9(1)/4(g) - 1 2 - 3
5 Sek 11(1)(d) 1 1 - - 2
Jumlah 2 3 3 - 8

 

2.1.3. Akta Polis

C Akta Polis
1 27(5) - - 1 - 1
Jumlah - - 1 3

1

 

Jumlah Kesuluruhan 5 4 6 3 18

 

2.1.4. Penurunan Bendera/Poster

Jumlah (keseluruhan) laporan penurunan bendera adalah sebanyak ( 69 ) laporan dimana jumlah bendera dan banner/poster yang diturunkan adalah sebanyak (1,319 ) helai sepanjang tempoh berkempen.

LAPORAN PARTI BENDERA BANNER/POSTER JUMLAH
Laporan Polis yang dibuat BN 343 24 367
UMNO 16 1 17
PAS 301 458 759
PKR 26 - 26
DAP 16 134 150
702 617 1319

 

3. PERMOHONAN PERMIT POLIS

Permohonan Permit yang di proses sepanjang tempoh berkempen adalah seperti berikut:-

PARTI Permohonan Lulus Tolak
BN 70 70 -
UMNO 98 98 -
PAS - - -
PKR 5 - 5
DAP 1 - 1
174 168 6

 

4. PERARAKAN KEMENANGAN

Setelah kemenangan diumumkan oleh SPR pada malam 17/01/2009 terdapat kegiatan perarakan telah berlaku untuk meraikan kemenangan Parti PAS. Perarakan ini tidak mendapat kelulusan dan kebenaran pihak polis. Keadaan ini telah menyebabkan kesesakan dan menggangu lalulintas disamping itu perarakan ini juga

ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2014 2.56 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM