Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenyataan Media Rampasan Dadah Di Dalam Tayar

Published: 07 Aug 2014 2.45 AM Updated: 24 Aug 2026 1.22 PM
Pada 13 Mei 2009 jam lebih kurang 5.40 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman berpandukan maklumat telah membuat serbuan di kawasan luar sebuah stesen minyak di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, telah menahan sebuah kereta dan menangkap 4 orang lelaki (3 lelaki melayu dan 1 lelaki india). Dalam pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai 34 ketulan mampat disyaki
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-rampasan-dadah-di-dalam-tayar
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:53 MYT




Kenyataan Media Rampasan Dadah Di Dalam Tayar


Pada 13 Mei 2009 jam lebih kurang 5.40 petang, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman berpandukan maklumat telah membuat serbuan di kawasan luar sebuah stesen minyak di Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur, telah menahan sebuah kereta dan menangkap 4 orang lelaki (3 lelaki melayu dan 1 lelaki india).

Dalam pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut telah menjumpai 34 ketulan mampat disyaki ganja yang disorokkan di tempat khas di dalam kereta itu. Anggaran berat 30.1 kg. Di mana harga pasaran dadah yang dirampas adalah dianggarkan RM85,000.00.

Hasil siasatan lanjut, pihak polis telah menangkap seorang lagi lelaki melayu dipercayai ahli sindiket ini di Kg. Keramat dan tiada rampasan dibuat.

Semua ahli sindiket yang ditangkap di bawah Sekyen 39B ADB 1952 berumur antara 24 hingga 41 tahun dan ditahan reman sehingga 19 Mei 2009. Siasatan lanjut diteruskan untuk mengenalpasti ahli-ahli sindiket yang terlibat.
Jumlah Bacaan : 649
ArticlePublished 07 Aug 2014 2.45 AMUpdated 24 Aug 2026 1.22 PM