Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kenyataan Media Menteri Kementerian Dalam Negeri 20210331

Published: 31 Mar 2021 9.51 AM Updated: 24 Aug 2026 1.22 PM
KENYATAAN MEDIA MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (HLC MAPO) BIILANGAN 1 TAHUN 2021
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-menteri-kementerian-dalam-negeri-20210331
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:05 MYT
Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (HLC MAPO) Bilangan 1 Tahun 2021.
Sumber:

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KENYATAAN MEDIA MESYUARAT JAWATANKUASA PERINGKAT TERTINGGI MAJLIS ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (HLC MAPO) BIILANGAN 1 TAHUN 2021

1. Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (High Level Committee - HLC) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) telah bersidang pada 31 Mac 2021 dan dihadiri oleh wakil-wakil dari 21 kementerian, jabatan dan agensi yang terlibat.

2. Dalam Mesyuarat HLC MAPO yang pertama bagi tahun 2021 ini, sebanyak dua kertas pemakluman telah dibentangkan iaitu;

i. Status Tindakan Cadangan 15 Perkara Penambahbaikan berkaitan Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) Mengenai Pemerdagangan Orang; dan
ii. Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang Tahun 2021-2025 / NAPTIP 3.0.

3. Melalui kertas pembentangan yang pertama, Mesyuarat HLC MAPO mengambil maklum langkah-langkah penambahbaikan yang telah serta akan diambil bagi menambah baik reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa berhubung isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

4. Tindakan tegas dan konsisten berdasarkan lunas perundangan telah diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah Pemerdagangan Orang, Penyeludupan Migran dan Jenayah Terancang, termasuk dalam kalangan penjawat awam.

5. Selain itu, Mesyuarat HLC juga telah memperakukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons 2021-2025) atau “NAPTIP 3.0” sebagai dokumen strategik kerajaan yang menggariskan segala perancangan serta usaha bagi membanteras pemerdagangan orang di Malaysia bagi tempoh 5 tahun ke hadapan.

6. Sehubungan itu, Mesyuarat HLC MAPO menyeru agar semua pihak untuk terus komited melaksanakan amalan perburuhan yang baik (good labour practice) bagi mengelakkan daripada tindakan perundangan yang boleh menjejaskan eksport produk ke pasaran luar negara.

DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Dalam Negeri 31 Mac 2021,
Putrajaya
No photo description available.
May be an image of text that says '5. Selain itu, Mesyuarat HLC juga telah memperakukan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (Nation
ArticlePublished 31 Mar 2021 9.51 AMUpdated 24 Aug 2026 1.22 PM