Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Laporan Suhakam Bandar Makhkota Cheras

Diterbitkan: 07 Aug 2014 3.01 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
PDRM merujuk kepada siaran beberapa akhbar hari ini yang memetik laporan SUHAKAM mengenai siasatan awam yang dibuat berikutan insiden yang berlaku pada malam 27 Mei 2008 di Persiaran Bandar Mahkota Cheras 1, Bandar Mahkota Cheras. 2. Di antara lain, pihak akhbar telah memetik kesimpulan yang dibuat dalam laporan SUHAKAM ini mengenai penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis terhadap mangsa iaitu Chang Jiu
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-laporan-suhakam-bandar-makhkota-cheras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:24 MYT



PDRM merujuk kepada siaran beberapa akhbar hari ini yang memetik laporan SUHAKAM mengenai siasatan awam yang dibuat berikutan insiden yang berlaku pada malam 27 Mei 2008 di Persiaran Bandar Mahkota Cheras 1, Bandar Mahkota Cheras.

 

2. Di antara lain, pihak akhbar telah memetik kesimpulan yang dibuat dalam laporan SUHAKAM ini mengenai penggunaan kekerasan yang berlebihan oleh pihak polis terhadap mangsa iaitu Chang Jiun Haur dan Chan Siew Meng serta dua cadangan SUHAKAM iaitu pertama supaya anggota polis mempamerkan nama serta nombor pengenalan diri apabila bertugas dan kedua pihak polis mengadakan siasatan untuk mengenalpasti anggota yang terlibat dikatakan mencabuli hak asasi manusia terhadap kedua-dua mangsa tersebut seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka.

 

3. Pihak polis berpandangan laporan SUHAKAM ini menunjukkan dengan jelas bahawa pihak polis telah memberikan sepenuh kerjasama apabila SUHAKAM mengadakan siasatan tersebut dengan mengarahkan semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam penugasan pada malam tersebut tampil memberi keterangan.

 

4. PDRM ingin menjelaskan bahawa sebelum insiden itu berlaku, polis telah pun berjaya mengawal keadaan dan ketenteraman awam dalam tempoh beberapa hari terdahulu, walaupun tempat tersebut adalah fokus pertelingkahan yang mendapat liputan media meluas di antara penduduk Bandar Mahkota Cheras dengan pihak yang mendirikan penghadang jalan sehingga laluan biasa penduduk setempat terhalang.

 

5. Juga ingin dijelaskan bahawa sepanjang masa penugasan pada malam tersebut, berpuluh-puluh kenderaan telah melalui kawalan polis tanpa apa-apa kejadian berlaku kerana semua pemandu kenderaan mematuhi arahan polis dan memandu kenderaan dengan cermat sehinggalah berlaku insiden ini dimana kereta yang dipandu oleh Chang Jiun Haur dikatakan melanggar dan mencederakan 2 anggota FRU yang bertugas dan usaha yang dibuat oleh pihak polis untuk menangkap mereka menjadi isu sehingga akhirnya Siasatan Awam dilaksanakan oleh SUHAKAM. Pihak polis berpandangan perkara ini tidak berlaku sekiranya pemandu kenderaan yang berkenaan mematuhi arahan polis dan memandu kenderaannya dengan cermat.

6. Seksyen 15(1), 15(2) dan 15(3) Kanun Tatacara Jenayah menjadi panduan apabila anggota polis melaksanakan tangkapan. Pada pandangan pihak polis, tangkapan telah dijalankan mengikut undang-undang dan cara penangkapan yang dibuat adalah berpatutan dan berlandaskan undang-undang sekiranya situasi yang berlaku pada ketika itu diambil kira secara keseluruhannya. PDRM bersetuju dengan pandangan SUHAKAM bahawa pihak polis tidak akan mengulas lebih lanjut tentang isu ini kerana ia adalah perkara yang sedang dibicarakan di mahkamah.

7. Siasatan telah dijalankan terhadap anggota-anggota yang dikatakan menggunakan kekerasan dengan cara berlebihan terhadap Chang Jiun Haur dan Chang Siew Meng sebagaimana cadangan SUHAKAM. Tindakan akan diambil terhadap mereka setelah perkara ini ditimbang dan arahan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.

8. Nama dan nombor pengenalan diri anggota pangkat rendah adalah keperluan yang wajib dipakai bagi semua anggota polis beruniform termasuk FRU apabila menjalankan tugas. Pada malam insiden tersebut, semua anggota FRU memang memakai tanda nama dan nombor pengenalan tetapi terlindung apabila vest pelindung badan dipakai di dada. Sebenarnya, walaupun nama dan nombor pengenalan diri terlindung disebalik vest pelindung, identiti anggota berkenaan masih dapat dikenal pasti berdasarkan nombor unit dan seksyen yang sedia terpapar di perisai yang digunakan oleh setiap anggota FRU.

9. Anggota detektif tidak perlu memakai tanda nama kerana tidak sesuai dengan tujuan penugasan mereka yang sebahagiannya memerlukan penyamaran dan pengumpulan maklumat.

10. Tatacara penugasan yang diguna pakai oleh FRU adalah konsisten dengan standard antarabangsa dan undang-undang Negara ini. Kekerasan yang digunakan dalam melaksanakan tangkapan adalah searas (proportional) dengan situasi semasa.

 

 

 

 

 

( TAN SRI ISMAIL BIN HJ OMAR ) DIG
TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN

Jumlah Bacaan : 46
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2014 3.01 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM