Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Ketua Polis Negara Tangkapan 10 Suspek Yang Terlibat Dalam Aktiviti Kumpulan Pengganas Islamic State

Diterbitkan: 20 Aug 2015 12.00 PM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
Pada 19 Ogos 2015, bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas telah melancarkan operasi serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka yang membawa kepada penangkapan 10 suspek (8 lelaki dan 2 wanita) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Islamic State (IS).2. Kesemua suspek yang merupakan rakyat Malaysia berumur antara 24 hingga 42 tahun terdiri dari:-a) enam (6) ora
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-ketua-polis-negara-tangkapan-10-suspek-yang-terlibat-dalam-aktiviti-kumpulan-pengganas-islamic-state
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:32 MYT

 

Pada 19 Ogos 2015, bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas telah melancarkan operasi serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka yang membawa kepada penangkapan 10 suspek (8 lelaki dan 2 wanita) kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Islamic State (IS).

2. Kesemua suspek yang merupakan rakyat Malaysia berumur antara 24 hingga 42 tahun terdiri dari:-
a) enam (6) orang anggota pasukan keselamatan,
b) dua (2) kakitangan jabatan kerajaan,
c) seorang bekas pereka bentuk dalaman, dan
d) seorang guru tadika.

3. Kesemua mereka disyaki terlibat dalam aktiviti mempromosi ideologi kumpulan pengganas Islamic State, mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan pengganas Islamic State, mengatur pemergian rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan pengganas Islamic State di Syria, merancang untuk membeli senjatapi bagi tujuan melancarkan serangan di Malaysia, membantu penyusupan masuk suspek Islamic State yang kembali dari Syria, merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kumpulan Islamic State dan menyembunyikan maklumat berhubung dengan aktiviti Islamic State di Malaysia.

4. Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

( Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar ) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
 Kenyataan Media Ketua Polis Negara Tangkapan 10 Suspek Yang Terlibat Dalam Aktiviti Kumpulan Pengganas Islamic State
Kenyataan Media Ketua Polis Negara Tangkapan 10 Suspek Yang Terlibat Dalam Aktiviti Kumpulan Pengganas Islamic State

ArtikelDiterbitkan 20 Aug 2015 12.00 PMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM