Adjust display and reading options to suit your needs.
Text and reading
Text size
Colour and contrast
Color Theme
Navigation and support
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Kenyataan Media Kenyataan Media Timbalan Ketua Polis Negara 29 01 2009
Published: 07 Aug 2014 2.55 AMUpdated: 24 Aug 2026 1.22 PM
KENYATAAN MEDIA TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA Saya merasa amat bersimpati di atas kematian Kugen A/L Ananthan (A.Kugen), 23 tahun pada 20 Januari 2009, semasa di dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan, USJ 8, Subang Jaya, Selangor. Saya ingin menegaskan dan memberi jaminan, bahawa pihak polis sedang dan telah menjalankan siasatan yang rapi ke arah mendapatkan punca yang membawa kepada kematian tersebut. Penyiasatan
Saya merasa amat bersimpati di atas kematian Kugen A/L Ananthan (A.Kugen), 23 tahun pada 20 Januari 2009, semasa di dalam tahanan polis di Balai Polis Taipan, USJ 8, Subang Jaya, Selangor.
Saya ingin menegaskan dan memberi jaminan, bahawa pihak polis sedang dan telah menjalankan siasatan yang rapi ke arah mendapatkan punca yang membawa kepada kematian tersebut.
Penyiasatan tersebut dijalankan secara profesional, telus, adil dan berintegriti, mengikut lunas dan undang-undang negara. Saya tidak akan melindungi sesiapa saja, termasuk pegawai-pegawai polis, jika hasil siasatan mendapati ada berlakunya apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang. Tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi menegakkan keadilan dan menepati lunas undang-undang negara.
Saya juga ingin memaklumkan bahawa Ibupejabat ini memantau penyiasatan tersebut, untuk menentukan penyiasatan berkenaan sentiasa di landasan profesional yang tinggi, dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Oleh yang demikian, saya berharap orang ramai, khususnya para waris si mati A.Kugen, supaya tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan. Mereka hendaklah yakin kepada sistem keadilan dan perundangan negara yang ada.
( TAN SRI ISMAIL BIN HJ OMAR ) DIG
TIIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA
BUKIT AMAN.
(Dikeluarkan pada 23 Januri 2009, 5.00 ptg)
Jumlah Bacaan : 44
ArticlePublished 07 Aug 2014 2.55 AMUpdated 24 Aug 2026 1.22 PM
0%
Sedang Dibaca
Kemajuan Bacaan
Pratonton Imej
Gunakan Escape untuk menutup. Gunakan tambah dan tolak atau roda tetikus untuk zum. Seret apabila dizum; cubit dan seret pada skrin sentuh.
Article QR Code
Scan with your mobile camera to read on your device.