Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kenyataan Media Kenyataan Media Ketua Polis Terengganu

Diterbitkan: 07 Aug 2014 2.59 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.22 PM
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS TERENGGANU PILIHANRAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU 1. Senario. · Secara keseluruhannya tahap keselamatan sepanjangtempoh berkempen bagi Pilihanraya Kecil (PRK) dilihat terkawal tiada sebarang kejadian besar berlaku. Walaubagaimanapun terdapat kejadian-kejadian kecil dan insiden seperti perselisihan faham diantara penyokong kedua belah pihak yang masih boleh dikawal. Dan pihak polis akan t
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kenyataan-media-kenyataan-media-ketua-polis-terengganu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT



KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS TERENGGANU
PILIHANRAYA KECIL P.036 KUALA TERENGGANU

 

1. Senario.

 

· Secara keseluruhannya tahap keselamatan sepanjangtempoh berkempen bagi Pilihanraya Kecil (PRK) dilihat terkawal tiada sebarang kejadian besar berlaku. Walaubagaimanapun terdapat kejadian-kejadian kecil dan insiden seperti perselisihan faham diantara penyokong kedua belah pihak yang masih boleh dikawal. Dan pihak polis akan terus memantau keadaan ini serta memastikan suasana aman dan tenteram sepanjang tempoh berkempen.

· Perang poster sejak akhir-akhir ini dilihat begitu rancak, banyak poster/banner telah digantung dan ditampal di sekitar Bandar dan juga pinggir-pinggir Bandar serta di kampung-kampung oleh parti-parti politik yang terlibat, oleh itu diingatkan sekali lagi tentang pemasangan bendera/banner, masih lagi terdapat ahli-ahli parti-parti yang memasang ditempat-tempat yang dilarang walaupun nasihat dan teguran telah diberikan.

 

 

 

 

 

 


LAPORAN HARIAN PERJALANAN PRK P.036 KUALA TERENGGANU DARI PDRM

 

1. Laporan Polis
Laporan Polis yang diterima berkaitan Pilihanraya dalam tempoh 24 jam. (0001 hrs 2400 hrs 10/01/09)

 

1.1 Terdapat 6 laporan polis yang dibuat dalam tempoh 24 jam semalam berbanding 8 pada sebelumnya.

 

i) Laporan Oleh Pasukan PEmantau SPR Bersama Pasukan Pemantau PDRM – 3 (menurunkan bendera) dan 1
laporan memantau ceramah oleh pegawai perakam CID.

 

ii) Laporan Tidak Berpuashati -2
-Berkenaan Penyokong PAS pasang bendera dihadapan rumah kerana menghalang pandangan.
-Satu lelaki tidak dikenali telah menepuk dada dan menampar pengadu dan tidak mengalami kecederaan.

 

1.2 Pecahan Laporan Polis mengikut kategori adalah seperti berikut:-

 

i) Laporan berkaitan jenayah – (Tiada)

ii) Laporan berkaitan turun bendera – 3 (Jumlah bendera yang diturunkan 32 bendera BN, 1UMNO 79 PAS, 3
PKR)

iii) Laporan Turun Banner/Poster –(Tiada)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.3 Permohonan Permit
Permohonan permit untuk mengadakan ceramah di tempat awam sebanyak 7 dengan pecahan berikut:-

 

Parti

Permohonan

Lulus

Tolak

BN

1

1

-

PAS

4

4

-

BEBAS

-

-

-

PKR

2

 

2

Jumlah

7

 

 

 

 

1.4 Keseluruhan Permit yang diproses adalah seperti berikut:-

 

Parti

Permohonan

Lulus

Tolak

BN

9

10

-

PAS

22

26

-

BEBAS

-

-

-

PKR

9

-

9

Jumlah

40

36

9

Pihak polis tidak akan meluluskan permohonan permit bagi mengadakan ceramah
di tempat awam oleh parti-parti yang tidak terlibat di dalam PRK P.036 Kuala Terengganu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



2.
Nasihat Polis

 

· Semua parti yang bertanding diingatkan supaya memohon permit lebih awal bagi memudahkan pihak polis untuk memproses permohonan tersebut.

· Pihak polis akan sentiasa menerima permohonan permit dari parti-parti yang bertanding tidak kira sama asa cuti hujung minggu kerana PDRM telah menetapkan pegawai bertugas untuk memproses permohonan tersebut.

· Parti-parti politik yang bertanding diingatkan supaya sentiasa mengawal dan memastikan ahli dan penyokong masing-masing sentiasa mematuhi undang-undang semasa berkempen jangan sesekali menimbulkan sesuatu isu yang sensitif sehingga menimbulkan keadaan yang tidak terkawal.

· Pihak polis akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang kepada mana-mana pihak tidak kira dari fahaman politik mana sekali pun jika didapati melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang.

· Orang Awam hendaklah diingatkan supaya mematuhi peraturan dan ungdang-undang jalan raya telah ditetapkan.

· Sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi arahan pegawai dan anggota penguatkuasa dari masa ke semasa memandangkan pertambahan jumlah kenderaan di jalanraya ketika ini.

· Kepada ibubapa diingatkan awasila anak-anak remaja mereka terutama pada waktu malam, jangan terlibat dengan kegiatan merempit yang sering berlaku pada hujung minggu terutama pada malam Jumaat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



2.1
Laporan berkaitan Jenayah

 

Jumlah keseluruhan laporan jenayah yang di laporkan dari 05/01/2009 hingga 11/01/2009 adalah sebanyak 4 laporan.

 

2.2 Penurunan Bendera Hari Semlam

 

Jumlah keseluruhan laporan penurunan bendera adalah sebanyak 7 laporan dan jumlah bendera yang diturunkan sebanyak 214 helai (BN 67 helai, UMNO 1 helai, PAS 120 helai, PKR 3 helai, DAP 15 helai, ADIL 4 helai) dari 06/01/2009 hingga 10/01/2009.

 

2.3 Penurunan Banner/Poster

 

Jumlah keseluruhan laporan penurunan Banner/Poster adalah sebanyak 3 laporan dan jumlah Banner/Poster yang diturunkan sebanyak 11 Banner ( PAS 1helai, DAP 10 helai,) dari 06/01/2009 hingga 10/01/2009.

 

2.4 Keseluruhan Permit

 

Jumlah keseluruhan Permit Ceramah yang diluluskan oleh Polis adalah 36 permohonan (BN 13 dan PAS 15) dari 05/01/2009 hingga 10/01/2009.

Jumlah Bacaan : 14
ArtikelDiterbitkan 07 Aug 2014 2.59 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.22 PM