Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK)

Diterbitkan: 21 Mar 2026 8.18 PM Dikemas kini: 08 Nov 2026 7.20 AM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/jsjk-pdrm-jenayah-komersil-siber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 08/11/2026 18:48 MYT


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil diketuai oleh seorang Pengarah barpangkat Komisioner Polis (CP) dan dibantu oleh empat Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Siasatan), Timbalan Pengarah (Jenayah Siber), Timbalan Pengarah (Risikan/ Operasi) dan  Timbalan Pengarah (Perancangan Stratregik).

Bahagian di bawah jabatan ini adalah:-

1.      Bahagian Siasatan

· Cawangan Siasatan Jenayah Korporat/ Kewangan

· Unit Siasatan Jenayah Korporat/ Persatuan/ Syarikat

· Cawangan Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan

· Unit Siasatan Jenayah Pemalsuan/ Pelaburan Bersindiket

· Cawangan Perakaunan Forensik

· Unit Siasatan Perakaunan Forensik

2.      Bahagian Jenayah Siber

· Cawangan Taktikal Dan Teknikal Siber

· Unit Siasatan Forensik Digital

· Unit Taktikal Siber

· Unit Police Cyber Investigation Response Center (PCIRC) / Commercial Crime Intelligence System (CCIS)

· Cawangan Siasatan Jenayah Siber

· Unit Siasatan Jenayah Komputer / Internet

· Unit Siasatan Jenayah Telekomunikasi

· Cawangan National Scam Response Centre (NSRC)

· Unit (Pengoperasian) National Scam Response Center (NSRC)

· Unit Analisa / Kolaborasi Bersepadu National Scam Response Center (NSRC)

· Unit (Pentadbiran / Koordinasi / Rangkaian 24/7 National Scam Response Center (NSRC)

3.      Bahagian Risikan Operasi

· Cawangan Risikan

· Unit (Analisis / Perangkaan Jenayah)

· Unit Risikan

· Cawangan Operasi/ Bantuan Teknik

· Unit (Operasi / Bantuan Teknik)

4.      Bahagian Perancangan Strategik

· Cawangan Perancangan Strategik

· Unit (Perkhidmatan / Perjawatan / Latihan Kepolisan)

· Unit (Pengurusan / Kepolisan)

· Unit Logistik

5.      Bahagian Urus Setia/ Perundangan

· Cawangan Kajian Dasar

· Cawangan Pengaduan Awam/ Media

· Cawangan Perundangan

· Cawangan Kerjasama Antarabangsa


Visi 

Menjadi Jabatan Peneraju Utama Dalam Siasatan Jenayah Komersil Dan Siber Berteraskan Profesionalisme Dan Standard Mengikut World Class Policing Menuju Ke Arah Kecemerlangan Jabatan.

Misi

Komited Dan Kekal Relevan Dengan Memperkasakan Sistem Penyampaian, Siasatan Berkualiti, Modal Insan Dan Prasarana Di Samping Jaringan Dalam Dan Luar Negara ke Arah Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Serta Pelabur Asing. Menjalankan Siasatan Secara Profesional Untuk Meningkatkan Keyakinan Masyarakat Dan Terus Kekal Relevan.

Moto 

Profesionalisme  Dalam Siasatan

Fungsi 

Fungsi utama JSJK adalah menangkap, menjalankan penyiasatan dan mendakwa penjenayah kolar putih yang melakukan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan jenayah siber serta lain-lain lagi samada kegiatan tersebut dilakukan oleh orang perseorangan mahupun secara bersindiket.

Objektif

  • Meningkatkan program kesedaran awam dalam pencegahan dan pembanterasan jenayah komersil dan siber.
  • Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang jenayah komersil, dan jenayah siber ke arah meyakinkan masyarakat dan pelabur.
  • Meningkatkan siasatan yang berkualiti dan lengkap sehingga penjenayah dibawa ke muka pengadilan.
  • Menjalinkan kerjasama dan jaringan antara agensi dalam dan luar negara dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah komersil dan siber.
  • Memperkasakan modal insan melalui latihan, peningkatan kepakaran dan penempatan pegawai-pegawai yang bersesuaian dengan kelulusan, pengalaman dan kemahiran.
  • Mempertingkatkan proses penyaluran, pengumpulan dan tindakan berasaskan maklumat yang diterima dengan mengekalkan kerahsiaan.


Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman,
Aras 33, Menara KPJ, 
No. 238, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-26101222
Fax: 03-26101000

ArtikelDiterbitkan 21 Mar 2026 8.18 PMDikemas kini 08 Nov 2026 7.20 AM