Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Gallery Resource
Gallery Resource

HARI POLIS KE-219: PERKUKUH IKATAN “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Diterbitkan: 23 Mar 2026 1.43 PM Dikemas kini: 21 Sep 2026 1.05 PM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/hari-polis-ke-219
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:48 MYT
HARI POLIS KE-219: PERKUKUH IKATAN “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
Laman Utama / Gallery Resource / HARI POLIS KE-219: PERKUKUH IKATAN “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”
Kembali ke Pustaka
Gallery Resource

HARI POLIS KE-219: PERKUKUH IKATAN “POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”

Description

Content imageKuala Lumpur, 25 Mac 2026 – Sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 tahun ini terus menzahirkan komitmen jitu warga Sang Saka Biru dalam memperkukuh hubungan erat antara polis dan masyarakat, selaras dengan tema keramat "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada". 

Walaupun diraikan secara sederhana, semangat juang dan iltizam pasukan dalam memelihara sinergi bersama masyarakat kekal utuh sebagai tunjang kepada kedaulatan serta keselamatan negara. 

Sambutan yang berlangsung dalam suasana Aidilfitri itu tetap meriah apabila diadakan di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, petang tadi. 

Tema "Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada" yang memasuki tahun ke-11 terus menjadi nadi kekuatan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia bukan sekadar slogan, sebaliknya mencerminkan hubungan simbiotik antara pasukan polis dan rakyat dalam membentuk masyarakat harmoni serta menjadi benteng utama dalam mengekang ancaman jenayah. 

Majlis penuh bersejarah itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri (PM), Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Atur cara dimulakan dengan bacaan ikrar Taat Setia yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Krisis Bencana) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DCP Datuk M.V. Srikumar Madhavan Nair, diikuti tayangan khas bertajuk "Evolusi PDRM", seterusnya persembahan deklamasi sajak "Sunyi Dalam Seragam" oleh Inspektor Muhammad Faizul Mustafa dari Cawangan Khas, Bukit Aman yang turut diiringi dengan alunan violin oleh Koperal Alif Azfar Ishak dari Pancaragam Pusat PDRM yang berjaya menyentuh emosi serta menggambarkan pengorbanan dan dedikasi warga Sang Saka Biru. 

Terdahulu, ketibaan PM disambut oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail serta Pemangku Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato’ Fisol Salleh

Content imageBerucap dalam majlis yang diadakan, KPN menegaskan bahawa seluruh warga PDRM akan terus komited dalam memastikan keselamatan masyarakat dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Beliau turut menzahirkan tekad untuk memperkasa keupayaan pasukan agar sentiasa memenuhi ekspektasi rakyat dan kerajaan. “Berpegang teguh kepada undang-undang sebagaimana termaktub dalam Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, kami tidak akan sesekali mengkhianati amanah yang diberikan demi kesejahteraan masyarakat,” tegas beliau. 

Terdahulu, Dato’ Seri Anwar dalam ucapannya menegaskan bahawa mana-mana pihak berpengaruh supaya tidak mencampuri urusan PDRM dalam undang-undang, khususnya membabitkan sindiket jenayah berskala besar. 

Beliau juga merakamkan penghargaan atas keberanian PDRM yang kini dilihat lebih agresif menumpaskan sindiket haram dan perasuah besar yang bermaharajalela selama puluhan tahun. 

Kemuncak majlis menyaksikan gimik peluncuran Modul Mesra PDRM yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Anwar yang diiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid dan turut disertai oleh IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid serta Timbalan KPN, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay

Modul tersebut bakal menjadi panduan penting kepada Pegawai Perhubungan Sekolah dalam memperkasakan kempen kesedaran jenayah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja, sekali gus memperkukuh hubungan antara polis dan generasi muda. 

Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bersama isteri, Puan Sri Maheran Jamil, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose, Ketua Audit Negara, Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor bersama isteri, Datin Dr. Rozana Kamal, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr. Awang Alik Jeman, ketua-ketua agensi di bawah KDN, ketua-ketua agensi kerajaan, barisan Pengarah PDRM, pesuruhjaya polis dan ketua-ketua polis negeri bersama isteri, para pesara polis serta rakan media


Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

Gallery Images
[{"image":"/bentara/media/174","caption":""},{"image":"/bentara/media/173","caption":""},{"image":"/bentara/media/172","caption":""},{"image":"/bentara/media/171","caption":"Berucap dalam majlis yang diadakan"},{"image":"/bentara/media/170","caption":""},{"image":"/bentara/media/169","caption":""},{"image":"/bentara/media/168","caption":""},{"image":"/bentara/media/167","caption":""},{"image":"/bentara/media/166","caption":""},{"image":"/bentara/media/165","caption":""},{"image":"/bentara/media/164","caption":""},{"image":"/bentara/media/163","caption":""},{"image":"/bentara/media/162","caption":""},{"image":"/bentara/media/161","caption":""},{"image":"/bentara/media/160","caption":""},{"image":"/bentara/media/159","caption":""},{"image":"/bentara/media/158","caption":""},{"image":"/bentara/media/157","caption":""},{"image":"/bentara/media/156","caption":""},{"image":"/bentara/media/155","caption":""},{"image":"/bentara/media/154","caption":""},{"image":"/bentara/media/153","caption":""},{"image":"/bentara/media/152","caption":""},{"image":"/bentara/media/151","caption":""},{"image":"/bentara/media/150","caption":""},{"image":"/bentara/media/149","caption":""},{"image":"/bentara/media/148","caption":""},{"image":"/bentara/media/147","caption":""},{"image":"/bentara/media/146","caption":""},{"image":"/bentara/media/145","caption":""},{"image":"/bentara/media/144","caption":""},{"image":"/bentara/media/143","caption":""},{"image":"/bentara/media/142","caption":""},{"image":"/bentara/media/141","caption":""},{"image":"/bentara/media/140","caption":""},{"image":"/bentara/media/139","caption":""},{"image":"/bentara/media/138","caption":""},{"image":"/bentara/media/137","caption":""},{"image":"/bentara/media/136","caption":""},{"image":"/bentara/media/135","caption":""},{"image":"/bentara/media/134","caption":""},{"image":"/bentara/media/133","caption":""},{"image":"/bentara/media/132","caption":""},{"image":"/bentara/media/131","caption":""},{"image":"/bentara/media/130","caption":""},{"image":"/bentara/media/129","caption":""},{"image":"/bentara/media/128","caption":""},{"image":"/bentara/media/127","caption":""},{"image":"/bentara/media/126","caption":""},{"image":"/bentara/media/125","caption":""},{"image":"/bentara/media/124","caption":""},{"image":"/bentara/media/123","caption":""},{"image":"/bentara/media/122","caption":""},{"image":"/bentara/media/121","caption":""},{"image":"/bentara/media/120","caption":""},{"image":"/bentara/media/119","caption":""},{"image":"/bentara/media/118","caption":""},{"image":"/bentara/media/117","caption":""},{"image":"/bentara/media/116","caption":""},{"image":"/bentara/media/115","caption":""},{"image":"/bentara/media/114","caption":""},{"image":"/bentara/media/113","caption":""},{"image":"/bentara/media/112","caption":""},{"image":"/bentara/media/111","caption":""},{"image":"/bentara/media/110","caption":""},{"image":"/bentara/media/109","caption":""},{"image":"/bentara/media/108","caption":""},{"image":"/bentara/media/107","caption":""},{"image":"/bentara/media/106","caption":""},{"image":"/bentara/media/105","caption":""},{"image":"/bentara/media/104","caption":""}]
Gallery ResourceDiterbitkan 23 Mar 2026 1.43 PMDikemas kini 21 Sep 2026 1.05 PM