
Covid 19 Mesej Tular Palsu Kenyataan Media Atm
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan bahawa gambar dan rakaman audio yang mengatakan terdapat seorang individu dipukul dan dicederakan oleh anggota tentera yang sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan di Kampung Jerat Baru, semalam.
Gambar tular tersebut adalah kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019 yang boleh dilayari melalui capaian link berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2391865510901867&id=109809702440804
Pihak Polis memberi amaran kepada orang ramai agar berhenti dari membuat perkongsian berkaitan mesej palsu tersebut atau tindakan tegas akan diambil.
#Pray4Malaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
Sumber: Markas Angkatan Tentera Malaysia