
Article
Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Koperal Aizuddin Terkejut Nampak Jari Kaki Sendiri Putus Dalam Kasut
Petaling Jaya, 13 April 2021 - Kehilangan dua jari kaki akibat tersangkut dalam motosikal seorang suspek tidak pernah mematahkan semangat seorang anggota Unit...
Petaling Jaya, 13 April 2021 - Kehilangan dua jari kaki akibat tersangkut dalam motosikal seorang suspek tidak pernah mematahkan semangat seorang anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor membanteras jenayah.
Kejadian berlaku Rabu lalu di lorong motosikal di Batu 10, Sungai Way, Petaling Jaya ketika Koperal Mohd. Aizuddin Rozani sedang membantu melakukan operasi ‘snap check’.
Menurut Mohd. Aizuddin, suspek tersebut didapati cuba melarikan diri ketika motosikalnya ditahan untuk diperiksa polis.
“Kejadian itu berlaku secara spontan dan keadaan motosikal yang terlalu hampir dengan saya menyebabkan kaki saya tersangkut pada spoket motosikalnya.
“Saya ingat cuma sangkut biasa. Saya kemudian tunduk dan tengok kasut putus, bila saya angkat baru sedar jari kaki ada dalam kasut itu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Suspek berusia 49 tahun tersebut kemudiannya berjaya ditahan dan menerusi pemeriksaan tubuh menemui dadah jenis Heroin seberat 11.89 gram serta satu botol air disyaki ketum.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.
Sumber:
Kosmo Online