Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Bekalan Terkandas Syabu Heroin Naik Harga 50 Peratus

Diterbitkan: 21 Jun 2021 1.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 21 Jun 2021 - Sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah 'menggelupur' apabila banyak bekalan ke Malaysia 'terkandas' di negara jiran ekoran terputus hubungan dengan orang tengah untuk membawa masuk barang tersebut ke pasaran tempatan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-bekalan-terkandas-syabu-heroin-naik-harga-50-peratus
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:28 MYT
Petaling Jaya, 21 Jun 2021 - Sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah 'menggelupur' apabila banyak bekalan ke Malaysia 'terkandas' di negara jiran ekoran terputus hubungan dengan orang tengah untuk membawa masuk barang tersebut ke pasaran tempatan.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) mendapat maklumat susulan penemuan 1,115 ketul Heroin base anggaran 446 kilogram (kg) dan 412 kg Syabu bernilai RM130 juta daripada pihak berkuasa Thailand yang ditinggalkan dalam hutan berhampiran pintu sempadan negara. Masalah bekalan 'terkandas' itu menyebabkan harga dadah negara ini melonjak hingga 50 peratus.

Pengarah JSJN Bukit Aman, CP Dato' Razarudin Husain berkata, pihaknya percaya dadah tersebut cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Kedah atau Pulau Pinang.
"Kita percaya sindiket terputus hubungan dengan orang tengah, transporter atau orang kanan yang kemungkinan diberkas JSJN.

"Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin turut menjadi faktor sindiket di negara ini tidak dapat menggerakkan kerja jahat mereka," ujar beliau.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'darimuka1. Bekalan terkandas: Syabu, heroin naik harga 50% Bekalan terkandas: Syabu, heroin naik harga 50 p
ArtikelDiterbitkan 21 Jun 2021 1.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM