Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Waragainstdrugs Artikel Pilihan Sorok Pil Kuda Heroin Rm1 5 Juta Dalam Toto

Published: 03 Oct 2023 9.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sumber: Berita Harian dan Polis Kontinjen Kelantan
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-artikel-pilihan-sorok-pil-kuda-heroin-rm1-5-juta-dalam-toto
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 12:05 MYT
Kota Bharu, 3 Oktober 2023 - Tiga warga Thailand termasuk seorang wanita ditahan selepas disyaki memiliki dadah dengan nilai keseluruhan lebih RM1.5 juta dalam dua serbuan berasingan di Rantau Panjang.

Ini termasuk rampasan 96,000 pil kuda bernilai RM1.05 juta yang ditemukan dalam bungkusan cadar atau 'Toto' dipercayai bagi tujuan mengaburi pihak berkuasa.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Muhamad Zaki Hj. Harun, berkata dadah ditemukan ketika pemeriksaan ke atas lelaki warga Thailand berusia 31 tahun yang menunggang motosikal di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail di Rantau panjang jam 7.45 malam kelmarin.

"Suspek dipercayai membawa masuk pil untuk pasaran luar Kelantan dan lelaki itu memasuki negara menggunakan pas sempadan dengan membawa bungkusan 'Toto' khusus untuk menyorok dadah.

"Suspek yang disahkan positif Methamphetamine direman seminggu sehingga 8 Oktober untuk siasatan lanjut," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../sorok-pil-kuda-heroin-rm15...

ArticlePublished 03 Oct 2023 9.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM