Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Hadir Majlis Pelancaran Kempen Together Against Crime Di Sunway University
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Together Against Crime Campa...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Pelancaran Together Against Crime Campaign yang berlangsung di Sunway University.
Tan Sri Ayob Khan menegaskan bahawa tanggungjawab memelihara keselamatan negara tidak terletak pada pihak berkuasa semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama seluruh lapisan masyarakat. Justeru, beliau menyeru warga Sunway University agar terus memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia dan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras jenayah.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV
