
Artikel
Timbalan Kpn Iring Pm Rasmi Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor
Shah Alam, 19 Ogos 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Isma...
Shah Alam, 19 Ogos 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi hadir mengiringi Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob merasmikan program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Selangor Tahun 2022 di perkarangan Stadium Shah Alam, di sini.
Majlis mega tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Hj. Omar yang diiringi oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Zaini Abu Hassan.
Program aspirasi yang dilancarkan di ibu negara pada tahun lepas itu mempromosikan konsep Keluarga Malaysia, yang menitik beratkan aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran kepada seluruh lapisan masyarakat.
Selain pelbagai persembahan kebudayaan menarik dan pameran yang diadakan, program tadi turut menyantuni golongan kurang bernasib baik di bawah Yayasan Keluarga Malaysia.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.
#19082022