Terjemahkan Mutu Perkhidmatan Pasukan Kpn
Kuching, 9 Mei – “Kejayaan anda pada hari ini membuktikan bahawa pemilhan anda untuk mengikuti Kursus Asas Kadet Sarjan merupakan satu keputusan yang tepat kerana selain daripada aset penting kepada pasukan, anda juga berpengetahuan serta mampu berdaya saing dalam menterjemahkan mutu perkhidmatan pasukan,” jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar.
Berucap sempena Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kadet Sarjan Skuad 1/2014 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, hari ini, beliau turut mengingatkan kepada semua kadet-kadet sarjan supaya jangan menganggap kehadiran mereka dalam pasukan hanya sekadar mengisi kekosongan jawatan yang ada, sebaliknya memenuhi aspirasi pucuk pimpinan pasukan untuk memantapkan lagi imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pastinya dengan kehadiran sarjan-sarjan muda yang berlatar belakangkan pendidikan tinggi serta berpengalaman dalam menghadapi cabaran jenayah masa kini akan mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap PDRM,” tambahnya lagi.
Beliau turut mengingatkan agar sentiasa menghapuskan pandangan negatif masyarakat terhadap PDRM dengan mempamerkan kaliber dan profesionalisme dalam tugas yang dilaksanakan, mengelakkan diri sendiri daripada terjebak dalam gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, kegiatan jenayah dan apa jua perkara yang bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam.
Seramai 641 pelatih kadet sarjan telah menamatkan kursus asas kadet sarjan selama sembilan bulan yang telah bermula sejak tahun lalu.
Kesemua pelatih ini juga adalah graduan Ijazah Sains Kepolisan yang yang diikuti sepanjang menjalani latihan asas kepolisan di sini (PULAPOL).
Majlis graduasi akan diadakan sebanyak empat siri bermula hari ini sehingga 10 Mei 2015.
Persediaan sebelum upacara perbarisan bermula..
upacara perbarisan bermula...
detachment kawalan kehormatan masuk perbarisan..
Panji Utama diarak masuk ke dalam perbarisan..
Sekitar perbarisan...
Lapor baris...
Ketibaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar..
Tabik hormat daripada Ketua Polis Negara..
Tabik hormat daripada Ketua Polis Negara..
Pegawai Pemerintah Baris melapor baris kepada Ketua Polis Negara..
Ketua Polis Negara diiringi oleh Komandan PULAPOL Kuching, Sarawak memeriksa perbarisan..
Ketua Polis Negara diiringi oleh Komandan PULAPOL Kuching, Sarawak memeriksa perbarisan..
Pentas utama..
Antara yang hadir...
sekitar perbarisan..
Upacara lintas hormat daripada detachment..
Upacara lintas hormat daripada detachment..
Upacara lintas hormat daripada detachment..
Upacara lintas hormat daripada detachment..
sesi penyampaian Anugeran Pelatih Terbaik Akademik
sesi penyampaian Anugeran Pelatih Terbaik Latihan Luar Wanita..
sesi penyampaian Anugeran Pelatih Terbaik Latihan Luar Lelaki..
sesi penyampaian Anugeran Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan..
Ucapan dan penutupan rasmi Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Sarjan Skuad 1/2014 oleh Ketua Polis Negara..
Persembahan Tarian Perang oleh para pelatih..
Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Taat Setia..
tiga kali sorakan 'Sedia Berkhidmat'..
Antara keluarga-keluarga pelatih yang hadir..