Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sukan Maksak Asah Bakat Baru Kakitangan Sektor Awam

Published: 17 Apr 2016 8.30 AM Updated: 15 Aug 2026 7.28 PM
Melaka, 17 April - Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang ke-3 Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya di Intitusi Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun, di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sukan-maksak-asah-bakat-baru-kakitangan-sektor-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT

Melaka, 17 April - Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) yang ke-3 Tahun 2016 telah melabuhkan tirainya di Intitusi Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Durian Daun, di sini, petang tadi.

Ia sekali gus menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menduduki tempat kedua kategori Keseluruhan Kejohanan Olahraga apabila meraih beberapa pingat emas antaranya adalah acara 5000m Terbuka Wanita, 10,000m Terbuka Wanita dan 1500m kategori Wanita Vateran Junior.

Selain itu, saudari Noor Amelia Musa dari Majlis Sukan PDRM juga telah dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan

Majlis Sukan PDRM telah berganding bahu bersama Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Majlis Sukan Penjara Malaysia selaku tuan rumah dalam mengelolakan Karnival Sukan MAKSAK yang berlangsung selama empat hari bermula 14 April hingga 17 April 2016.

Kejohanan pada kali ini melibatkan lebih 1,300 orang pegawai dan atlet daripada 18 badan gabungan MAKSAK telah menyertai empat acara yang dipertandingkan iaitu olahraga, futsal, ping pong dan tenis.

Seperti tahun-tahun yang lalu, pencarian bakat-bakat baru menjadi objektif utama bagi melahirkan jaguh-jaguh dari kalangan anggota perkhidmatan awam untuk menggalas cabaran sukan negara di kejohanan antarabangsa.

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Sukan MAKSAK Malaysia Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Haji Naim Abu Bakar yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Azisman Alias, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan), ACP Rabuan Pit, Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia, Datuk Seri Haji Zulkiflie Omar, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Encik Ahmad Faedzal Md. Ramli, Setiausaha-Setiausaha Kehormat Badan Gabungan MAKSAK, Ketua-Ketua Kontinjen, Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan, pegawai-pegawai, atlet-atlet serta rakan media.

11111
Antara Atlet-Atlet PDRM yang menyertai Karnival Sukan MAKSAK 2016...

14.2
Sesi bergambar kenangan..

39.1
Antara atlet-atlet futsal wanita PDRM bergambar kenangan..

53
Sekitar perlawanan berlangsung..

56
Sesi bergambar kenangan..

888
Saudari Noor Amelia Musa dari Majlis Sukan PDRM juga telah dinobatkan sebagai Olahragawati kejohanan..

11
Sekitar perlawanan berlangsung..

9999
Sesi penyampaian cenderahati..

ArticlePublished 17 Apr 2016 8.30 AMUpdated 15 Aug 2026 7.28 PM