Artikel
Sting Tumpaskan Tiga Suspek Pengedaran Dadah
Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang be...
Kuala Lumpur, 31 Julai - Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING), Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang berjaya menahan tiga suspek yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam satu serbuan di Pulau Pinang.
Turut dirampas 10 kilogram dadah jenis Heroin, 5 kilogram dadah jenis Syabu, enam pistol dan sebuah rifle.
Kejayaan ini disahkan oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitter dan facebook rasmi beliau sebentar tadi.