Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Semarak Rakyat Beluran Terus Bersama Esscom

Published: 15 Dec 2017 2.00 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Beluran, 15 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Muara Beluran, Sabah, dekat sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/semarak-rakyat-beluran-terus-bersama-esscom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:39 MYT
SEMARAK RAKYAT BELURAN TERUS BERSAMA ESSCOM

Beluran, 15 Disember 2017- Pasukan Petugas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus mendekati masyarakat melalui Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Muara Beluran, Sabah, dekat sini, semalam.

Siri jelajah ESSCOM ke kawasan Pantai Timur Sabah ini bertujuan mewujudkan hubungan secara langsung dengan masyarakat selain memberikan penerangan tentang fungsi dan peranan pasukan tersebut terutamanya di Kawasan Perairan Timur Sabah.

Komander ESSCOM, DCP Dato’ Hazani Ghazali dalam ucapannya menyeru penduduk Beluran supaya bersama-sama ESSCOM memelihara keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara.

"Jangan sesekali kita berkompromi dalam soal keselamatan. Sesungguhnya ESSCOM adalah sahabat kepada masyarakat. Kami sentiasa mendengar dan meneliti segala maklumat yang disalurkan agar keselamatan di Pantai Timur Sabah ini terus terjamin,” ujar Dato' Hazani Ghazali di dalam ucapannya.

Turut hadir pada program tersebut adalah Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Merangkap Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Tuan Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Shivananthan R. Velauthan, Penolong Pegawai Daerah Beluran, Tuan Abdul Rahman Haji Talipuddin, warga PDRM, ATM, APMM, rakan-rakan agensi lain serta pengamal media.


Gambar sekitar Program Semarak Rakyat Bersama ESSCOM bertempat di Dataran Muara Beluran, Sabah
_MG_4242_MG_4224_MG_4171_MG_4169IMG_4463IMG_4387IMG_4313_MG_44470S7A6787
ArticlePublished 15 Dec 2017 2.00 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM