
Artikel
Scam Alert Keratan Akhbar Pilihan Penggodam Tipu Kenalan Minta Wang
Shah Alam, 13 April 2021 - Kira-kira 21 juta pengguna WhatsApp di Malaysia berisiko terdedah kepada kerugian besar susulan terbongkarnya taktik jahat scammer m...
Shah Alam, 13 April 2021 - Kira-kira 21 juta pengguna WhatsApp di Malaysia berisiko terdedah kepada kerugian besar susulan terbongkarnya taktik jahat scammer merampas akaun media sosial tersebut untuk tujuan jenayah.
Ahad lalu, syarikat telco seperti Celcom telah bertindak memberi amaran kepada para pelanggannya berhubung kes rampasan akaun WhatsApp yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Berdasarkan SMS yang dihantar kepada pelanggan, Celcom berkata, modus operandi scammer terbabit adalah dengan menyamar sebagai rakan, ahli keluarga atau pasukan sokongan WhatsApp untuk meminta enam digit kod pengesahan yang dihantar ke nombor telefon pengguna bagi tujuan mengenakan caj pembelian ke akaun pengguna.
“Scammer juga akan cuba mengakses ke peti simpanan suara pengguna bagi mendapatkan kod berkenaan,” kata kenyataan itu.
Salah seorang pengguna yang menjadi mangsa penipuan itu ialah eksekutif swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Suhaida.
Menurut Suhaida, dia menjadi mangsa minggu lalu apabila rakan-rakannya menerima ‘missed call’ daripada akaun WhatsApp yang memaparkan nombor dan gambar dirinya sebelum penggodam tersebut meminta sejumlah wang daripada rakan-rakannya.
Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan diminta tampil membuat laporan polis dan juga boleh menghubungi CCID Scam Response Center Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26101559 untuk sebarang pertanyaan berkaitan jenayah komersil.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
Sumber: