Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Qari Kontinjen Perak Qariah Kontinjen Perlis Johan Tilawah Pdrm 2017

Diterbitkan: 14 Dec 2017 2.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 14 Disember 2017 - Lans Koperal Saifuddin Kopelli dari Kontinjen Perak dipilih sebagai johan qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017, malam tadi. Anggota tugas am dari Balai Polis Pusing, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak itu memperoleh 93.34 peratus markah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/qari-kontinjen-perak-qariah-kontinjen-perlis-johan-tilawah-pdrm-2017
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:09 MYT

QARI KONTINJEN PERAK, QARIAH KONTINJEN PERLIS JOHAN TILAWAH PDRM 2017

Kuala Lumpur, 14 Disember 2017 - Lans Koperal Saifuddin Kopelli dari Kontinjen Perak dipilih sebagai johan qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2017, malam tadi. Anggota tugas am dari Balai Polis Pusing, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, Perak itu memperoleh 93.34 peratus markah.

Tempat kedua pula, disandang Tuan Haji Awang Ibrahim Awang Sabudin dari Kontinjen Sarawak yang memperoleh 92.17 peratus markah dan Lans Koperal Mohd Zamzuri Irwan Mat Jusoh dari Kontinjen Terengganu yang memperoleh 90.47 peratus markah.

Bagi johan qariah pula, disandang oleh anggota dari Unit Perkhidmatan dan Perjawatan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Koperal Normarina Ishak yang memperoleh markah 82.55 peratus diikuti Sub Inspektor Sa’adiah Md Dewi dari Kontinjen Bukit Aman yang memperoleh 81.41 peratus markah dan Puan Fadzilah Mohd Noh dari Kontinjen Melaka yang memperoleh 77.97 peratus markah.

Johan qari dan qariah itu menerima hadiah berupa cenderahati serta wang tunai berjumlah RM5,000 berserta piala.

Tempat kedua pula menerima sebanyak RM3,500 berserta cenderahati diikuti tempat ketiga turut menerima wang tunai berjumlah RM2,000 berserta cenderahati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi Harun telah berbesar hati menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, dekat sini.

Hadir sama memeriahkan majlis, Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato’ Sri Abd Rahim Haji Hanafi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Quran PDRM Peringkat Kebangsaan 2017, Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi, Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abudullah Sani, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato’ Sri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan warga PDRM sekitar lembah Klang.

Gambar sekitar majlis1

23456789
ArtikelDiterbitkan 14 Dec 2017 2.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM