Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Op Patuh 7 740 Kompaun Dikeluarkan Seluruh Negara

Published: 03 Oct 2021 12.14 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, menerusi Op Patuh bermula pada 25 Jun lalu dianggarkan lebih 2.2 juta premis telah diperiksa. Katanya, selain tindakan kompaun sebanyak 4,622 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar SOP ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-op-patuh-7-740-kompaun-dikeluarkan-seluruh-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:01 MYT
Johor Bahru, 3 Oktober 2021 – Sebanyak 7,740 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa Op Patuh di seluruh negara sehingga Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, menerusi Op Patuh bermula pada 25 Jun lalu dianggarkan lebih 2.2 juta premis telah diperiksa.
Katanya, selain tindakan kompaun sebanyak 4,622 premis diarahkan tutup kerana didapati melanggar SOP ditetapkan.

"Seramai 3,442 pasukan pematuhan dengan kekuatan keseluruhan seramai 14,959 pegawai dan anggota polis terbabit Op Patuh di seluruh negara yang turut melibatkan agensi- agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

"Menerusi Op Patuh, pemeriksaan berterusan dilakukan di kawasan kilang, tapak pembinaan, asrama penempatan pekerja dan premis perniagaan," katanya dalam sidang akhbar selepas Program Penyerahan Sumbangan Kepada Pesara Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pada Ahad.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Op-Patuh:-7,740...
Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 03 Oct 2021 12.14 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM