
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Adakan Lawatan Kerja Ke Kontinjen Johor
Sewaktu lawatan kerja tersebut, beliau yang diiringi Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay turut berpeluang menyantuni dan seterusnya menyampaika...
Johor Bahru, 3 Oktober 2021 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, pagi tadi.
Sewaktu lawatan kerja tersebut, beliau yang diiringi Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay turut berpeluang menyantuni dan seterusnya menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 pesara polis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), DCP Dato' Kasuahdi Ali, Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Dato' Khaw Kok Chin, SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan), SAC Tuan Zulkafli Sariaat dan Ketua Penolong Pengarah Pengangkutan Jabatan Logistik dan Teknologi, SAC Tuan Adnan Ahmad.
Sumber: Polis Johor
























![May be an image of 1 person, standing and text that says '03 OKTOBER 2021 [AHAD] POLISJOHOR DEWAN AUDITORIUM, ARAS 2, IBU PEJABAT ONTINJEN JOHO 69 SUMBANGA](/assets/images/articlelayout/legacy-image-unavailable.svg)
