Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Kp Negeri Sembilan

Published: 23 Apr 2022 2.54 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seremban, 23 April 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan di antara CP Dato’ Mohamad Mat Yusop dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Ruslan Khalid yang berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-saksi-majlis-serah-terima-tugas-jawatan-kp-negeri-sembilan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:40 MYT
Seremban, 23 April 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass menjadi saksi Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan di antara CP Dato’ Mohamad Mat Yusop dengan penyandang baharu, DCP Dato’ Ruslan Khalid yang berlangsung di Dewan Utama, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, petang semalam.

Dalam majlis itu, DCP Dato’ Ruslan mengambil alih jawatan KP Negeri Sembilan selepas CP Dato’ Mohamad dilantik menjadi Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan), Bukit Aman pada 18 April lalu.

Turut diadakan, Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Negeri Sembilan daripada Pengerusinya, Datin Norlela Idris kepada penyandang baharu, Datin Rohayah Harun dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Mohd Sukri Kaman, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Negeri Sembilan, Ketua-ketua Polis Daerah, para pegawai kanan PDRM, ahli-ahli PERKEP dan warga kerja IPK Negeri Sembilan.

ArticlePublished 23 Apr 2022 2.54 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM