Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Segamat

Diterbitkan: 22 Jun 2026 2.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Segamat, 22 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan lawatan kerja sempena Taklimat Kesiapsiagaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsj-adakan-lawatan-kerja-ke-ipd-segamat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:53 MYT
Segamat, 22 Jun 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Datuk M. Kumar S. Muthuvelu telah mengadakan lawatan kerja sempena Taklimat Kesiapsiagaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Mohd Zairi Badderul @ Badrol bersama Ketua Polis Daerah (KPD) Segamat, Supt Mohd JumazanZahir Chek Ismail.

Dalam lawatan tersebut, Datuk M. Kumar turut meninjau Bilik Gerakan JSJ IPD Segamat bagi menilai tahap kesiapsiagaan warga kerja, penyelarasan operasi, pengurusan sumber manusia serta persiapan logistik untuk menghadapi PRN Johor Ke-16.

Sesi taklimat yang diadakan turut melibatkan Ketua-ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Pahat, Muar, Segamat dan Tangkak bagi memastikan penyelarasan operasi serta penugasan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Beliau turut mengingatkan agar seluruh warga JSJ Johor sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta memastikan setiap penugasan dilaksanakan secara profesional dan berintegriti demi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Turut hadir, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kontinjen Johor, ACP Nor Azlan A. Kudus, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Kontinjen Johor, ACP Mohd Zaidi Zambri dan Timbalan KPD Segamat, DSP Nantha Muniandy.

ArtikelDiterbitkan 22 Jun 2026 2.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM