Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kelantan

Diterbitkan: 13 May 2023 2.09 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Bharu, 13 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-kelantan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT
Kota Bharu, 13 Mei 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Muhamad Zaki Hj. Harun sebelum dibawa ke Bilik Tun Salleh bagi menyampaikan amanat kepada warga kerja dan elemen sokongan dalam JPJKK.
Beliau telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa daerah dan markas operasi bagi membincangkan aspek pencegahan jenayah serta keselamatan komuniti di Kelantan.
Dalam rangka lawatan kerjanya selama dua hari bermula 10 Mei lalu, Dato' Aidi turut merasmikan Majlis Taman Angkat Aman Wanita (AMANITA) bertempat di Pejabat Pendidikan Daerah, Seri Aman, Pasir Puteh.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (KPP) (Kepolisan Komuniti) JPJKK Bukit Aman, SAC Baharudin Mustafa dan KPP (Pengurusan Sumber) JPJKK Bukit Aman, SAC Saiman Kasran.

ArtikelDiterbitkan 13 May 2023 2.09 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM